Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Linguistik Malaysia ke-35
May 18th
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Linguistik Malaysia ke-35 akan diadakan pada 1 Jun 2012 (Jumaat) pukul 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Pusat, Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Semua ahli dijemput hadir.
Negara kita Malaysia atau Malaysyia
May 18th
Kalau dulu kita boleh salahkan penjajah kerana pesongkan nama dan sebutan tempat-tempat di negara kita, sekarang nampaknya orang kita sendiri yang buat kerja macam itu sampai orang asing pula keliru.
Ke mana bahasa Melayu?
May 18th
Aneh sesudah merdeka 55 tahun, perjuangan memartabatkan bahasa Melayu berhadapan dengan cabaran tak sudah. Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sudah berkubur, namun ura-ura penubuhan sekolah aliran Inggeris dalam sistem pendidikan sekolah kerajaan pula timbul. Klik pada gambar untuk paparan lebih besar
Semangat kesultanan Melaka
May 17th
DARI kiri, Mas Adeki, Awang Sariyan dan Maslina Mahbu. Khalayak pengucapan puisi kembali ke zaman kegemilangan Melayu lama TEMA sejarah zaman kesultanan Melaka menjadi pilihan utama penyair yang menjayakan acara pengucapan puisi sempena sambutan Hari Sastera Nasional ke-15 di Taman Rempah, Bandar Hilir, baru-baru ini. Pemilihan tema berkenaan bukan saja bersesuaian dengan lokasi penganjuran acara
DIRGAHAYU TUANKU
May 6th
Ampun Tuanku, Persatuan Linguistik Malaysia (PLM) menjunjung kasih dan mendoakan kesejahteraan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Almu’tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong terus berkekalan. PLM bersyukur, menjunjung kasih dan tahniah kepada ke bawah DYMM Tuanku sempena pertabalan Tuanku sebagai





