88 sekolah lagi laksana Program Dwibahasa BH 5 Jan 2018

Ulasan PLM:
Walau apa pun dakwaan KPM, sukarela dan sebagainya..insaflah bahawa isunya bukan paksa atau rela, isunya sains dan matematik tetap diajar menggunakan bahasa Inggeris dan ini samalah seperti PPSMI yang telah dibatalkan (…baca diharamkan selepas demonstrasi rakyat pimpinan banyak pihak termasuk almarhum Datuk Hassan Hj.Ahmad, mantan Ketua Pengarah DBP dan Sasterawan Negara ( ..baca juga Sasterawan Rakyat) Datuk A.Samad Said (..hairan bijak pandai di KPM dan para penasihat “Pemandu & Padu pun boleh jadi bengong (?) atau ada banyak tempua bersarang rendah(?)…ibu bapa yang bukan pakar pendidikan atau pedagogi diberi pilihan membuat keputusan sama ada mahu menghancurkan bahasa Melayu, bahasa rasmi negara sebagai bahasa ilmu sains dan teknologi atau tidak?…aneh sekali..pilihan yang diberi oleh pihak berwibawa kepada yang tidak berwibawa untuk membuat keputusan tidak berwibawa?.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Comments are closed.