PPSMI membunuh orang Melayu dan menyebabkan malapetaka

Ulasan PLM:

Tiada beza antara PPSMI dengan DLP walapun kononnya PPSMI ada unsur paksaan dan DLP kononnya sukarela (?)…pokoknya.. sains dan matematik tetap diajar dalam bahasa Inggeris. Yang aneh rakyat Malaysia diberi pilihan sama ada mahu menghancurkan bahasa kebangsaan/ rasmi negara sebagai bahasa sains & teknologi atau tidak?…satu pilihan yang amat bijak oleh pemimpin kita yang bijak yang berasa maha tahu (?)dan tidak perlu merujuk pakar bahasa dan pakar pedagogi?. Inikah yang dikatakan oleh orang tua-tua kita, cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar?

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Comments are closed.