BN mahu perkenal semula sekolah aliran Inggeris

Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan BN akan mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula sekolah aliran Inggeris di Sabah dan Sarawak sebagai antara kandungan manifesto mereka.

Bagaimanapun ia tidak akan dilaksanakan sepenuhnya dan hanyalah percubaan bagi melihat keberkesanan rancangan itu.

Najib membuat kenyataan itu ketika mengumumkan manifesto BN setebal 220 muka surat di Stadium Bukit Jalil.

Pengumuman itu mendapat sorakan gemuruh daripada warga Sabah dan Sarwak yang berada di dalam stadium.

Najib turut menegaskan bahawa rancangan itu tidak akan menjejaskan kepentingan sekolah aliran lain.

Pengerusi BN itu juga mengulangi komitmen terhadap Perjanjian Malaysia 1963 dan berjanji hak rakyat Sabah dan Sarawak akan dipenuhi berdasarkan konsensus.

Selain itu, beliau berjanji sekiranya BN menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, penekanan akan diberikan kepada bahasa Iban dan Kadazan mengikut komuniti masing-masing.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Comments are closed.