Saya harap gerakan “martabatkan bahasa melayu” mati – Erna Mahyuni

Kuala Lumpur: Kolumnis portal The Malay Mail Online, Erna Mahyuni meluahkan harapannya agar gerakan “Martabatkan Bahasa Melayu” mati dalam tulisannya baru-baru ini.

Kata kolumnis itu, “Sekiranya Amerika tidak menghukum rakyatnya yang tidak bertutur Bahasa Inggeris dengan baik, mengapa kita terlalu melampau mengambil berat gred rakyat kita dalam Bahasa?”

“Ya, saya rasa setiap rakyat Malaysia perlu mempunyai pemahaman dan mampu bertutur dalam Bahasa Melayu dengan agak baik. Tetapi cuma setakat itu sahaja.”

Erna Mahyuni mendakwa Bahasa Melayu mempunyai nilai ekonomi dan pasaran perdagangan yang kurang memandangkan jumlah populasi dan kuasa membeli rakyat Malaysia yang kecil berbanding dengan negara-negara jiran.

“Bahasa Melayu kurang mendapat tempat sebagai bahasa perdagangan. Bahasa Indonesia mempunyai nilai yang lebih tinggi kerana pasaran Indonesia dilihat sebagai lebih dikehendaki, dengan potensi yang begitu banyak.”

“Pasaran Malaysia, yang sedihnya, tidak begitu mendapat perhatian. Jumlah populasi dan kuasa membeli kita tidak begitu menarik berbanding dengan Singapura mahupun Thailand.”

“Singapura mempunyai kuasa membeli yang lebih tinggi, meskipun mempunyai pasaran yang lebih kecil sedangkan Thailand mengatasi kita dalam kedua-duanya.”

“Apa pilihan yang kita ada tetapi untuk meluaskan lagi sempadan kita? Kita tidak boleh hanya bergantung pada pasaran Malaysia atau Indonesia sahaja.”

Baca lanjut di MENARA

Baca juga di The Patriot

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Comments are closed.