Bahasa rasmi Bahasa Melayu tidak terpakai di Sarawak – Nancy Shukri

KUCHING: Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukry membidas keputusan Kementerian Pendidikan menafikan hak Sarawak untuk melaksanakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolahnya.

Menurutnya, biarpun kementerian mentakrifkan pelbagai peruntukan, termasuk perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan semangat di bawah Seksyen 17, Akta Pendidikan Negara 1996, beliau menegaskan bahawa Sarawak tidak pernah menerima pakai peruntukan yang disebut.

“Mereka (Kementerian Pendidikan) harus faham bahawa hak Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris tidak boleh dipertikai.

“Sarawak tidak pernah meluluskan sebarang peraturan untuk menyekat atau menamatkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasminya, dan perakuan ini disebut dalam laporan Suruhanjaya Cobbold, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), dan Artikel 161 (3) Perlembagaan Persekutuan.

“Telah dipersetujui dalam Laporan Suruhanjaya Cobbold bahawa Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris adalah bahasa rasmi tanpa had masa untuk Sabah dan Sarawak.

Tegasnya, dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pula jelas mengatakan: “Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan tetapi bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi untuk tempoh 10 tahun selepas pembentukan Malaysia, sehingga badan perundangan negeri memutuskan sebaliknya”.

Nancy yang juga bekas menteri persekutuan dengan portfolio undang-undang berkata, Perkara 161 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa 10 tahun selepas Malaysia dibentuk, Parlimen boleh meluluskan Rang Undang-undang mengenai penggunaan Bahasa Inggeris di mahkamah di Sabah dan Sarawak, di badan perundangan negeri, dan bagi tujuan rasmi lain di kedua-dua negeri.

Walau bagaimanapun, ini hanya boleh dikuatkuasakan apabila Akta tersebut atau peruntukan yang berkaitan telah diluluskan oleh enakmen perundangan negeri.

ULASAN PLM:

… semangat kebersamaan dalam SATU negara yang bernama Malaysia sewajarnya dihayati dengan amalan, apatah lagi sudah lebih 60 tahun merdeka dan bersama…

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Comments are closed.