PLM dilantik menganggotai JKPBK

Presiden PLM telah dilantik menganggotai Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan (JKPBK) dan dalam mesyuarat pertama pada 30 November 2010 di Parlimen Malaysia yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin, PLM telah diwakili oleh Timbalannya, Saudara Kamal Shukri Abdullah Sani.

PLM dilantik menganggotai JKK Pelaksanaan BK Sektor Perkhidmatan Awam yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia dan diurus setia oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.

PLM mengucap tahniah dan syabas kepada YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi JKPBK ini. Semoga bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang merentas pelbagai bangsa, etnik dan kaum di Malaysia, bahasa bagi Satu Malaysia, akan terus terpelihara daripada segala unsur yang telah menggugat atau menyisih bahasa tersebut selama ini. Kejujuran dan kegigihan semua pihak yang meliputi semua kementerian, jabatan, agensi, sektor awam dan korporat ditagih tanpa kompromi bagi merealisasikan tugas JKPBK tersebut. Tempoh lebih 50 tahun sudah lebih daripada mencukupi untuk kita menangani rasa cinta, kasih dan megah akan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa kebanggaan negara Malaysia yang kita cintai ini.

[Sila klik di sini untuk bacaan penuh]

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>