UEC: Jangan tunduk agenda kiasu cauvinis keturunan pendatang

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 6 Jamadilakhir 1441H, Jumaat – Ugutan biadab Nga Kor Ming dalam isu UEC menunjukkan prinsip yang dipegang parti tamak haloba, DAP lebih tinggi daripada keharmonian kaum yang dikecapi dalam negara sejak merdeka.

Bahkan kenyataan Timbalan Setiausaha Agung DAP itu juga memperlihatkan betapa dia hanya mahu melihat ‘kecinaan’ tertegak di Malaysia, dakwa Ketua Media Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Haji Rashidi Haris.

Beliau berkata, kenyataan penuh biadab ini jelas menunjukkan keceluparan Kor Ming apabila mengugut supaya UEC diiktiraf.

“Ia juga membuktikan kaum kiasu cauvinis yang majoritinya dalam DAP tidak pernah langsung menghormati sensitiviti orang Melayu apabila mengangkat agenda ‘kecinaan’ dalam negara ini.

“MUAFAKAT sejak dahulu konsisten menolak UEC, kerana ia memperlihatkan bangsa Cina tidak mahu berusaha menguasai sistem berkaitan pendidikan yang telah diterima pakai dalam negara.

“Sekarang ini di Parlimen sendiri sudah ada beberapa wakil rakyat tidak fasih berbahasa Melayu dan paling memalukan apabila peguam negara langsung tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu. Kedangkalan apakah ini?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Nga dilaporkan berkata, DAP tidak teragak-agak meninggalkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) jika tidak mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Dalam wawancara khas dengan akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily baru-baru ini, Timbalan Setiausaha Agung parti rasis dan chauvinis berkata, DAP mencapai kata sepakat untuk meninggalkan kerajaan, jika UEC tidak diiktiraf.

Dalam pada itu, Haji Rashidi menyifatkan ugutan itu hanyalah modal lapuk bagi mereka yang sudah ketandusan idea bermain muslihat politik.

Malah katanya, ianya alasan taraf kebudak-budakkan sama seperti ugutan budak sekolah rendah apabila rakan sebaya tidak mahu memberi ruang main guli bersama.

“Agak pelik juga apabila kenyataan sedemikian keluar dari mulut seorang Speaker Dewan Rakyat. Selain itu ugutan Nga itu adalah masalah dalaman PH yang tidak perlu diambil peduli, sama ada DAP mahu keluar PH atau mahu keluar kerajaan, bagi MUAFAKAT sama sahaja. Mereka adalah sampah sarap yang harus disapu keluar dari rumah.

“Kerajaan jangan tunduk kepada desakan DAP mengiktiraf UEC. Pengiktirafan itu nanti akan dikenang oleh generasi akan datang sebagai perbuatan khianat kepada negara, agama dan bangsa Melayu,” tegasnya.

“Jangan sesekali akur kepada agenda ‘kecinaan’ keturunan pendatang yang mahu menghapuskan kedaulatan ‘kemelayuan’ penduduk asal rantau nusantara ini,” tegasnya.