Sumpah Setia Bahasa

Kami, kerabat Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu V 1998, bersumpah akan terus setia memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai:

  • Bahasa yang mencipta kedaulatan bangsa, kesatuan politik, budaya, ekonomi dan pendidikan yang menjamin kelangsungan bangsa Malaysia.
  • Bahasa yang menjaga dan memupuk kebebasan intelektual serta memerdekakan pemikiran bangsa; dan
  • Bahasa yang membawa, memelihara, mencipta, menyalurkan serta mengembangkan ilmu dan kebudayaan di negara dan di dunia.

Sesungguhnya, kami bertekad tidak akan berganjak daripada perjuangan ini.

Sumpah Setia Bahasa ini telah ditandatangani Sempena Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu V 1998 di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka pada hari Sabtu, 2 Mei 1998 oleh Kerabat Kongres seperti berikut:

Pertubuhan Kebangsaan

  1. Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA)
  2. Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)
  3. Persatuan Sejarah Malaysia
  4. Persatuan Suluh Budiman
  5. Yayasan Penataran Ilmu
  6. Persatuan Penterjemah Malaysia
  7. Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB)
  8. Persatuan Matematik Malaysia
  9. Persatuan Biologi Malaysia
  10. Persatuan Sains Keadaan Pepejal Malaysia
  11. Akademi Sains Islam Malaysia
  12. Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif
  13. Persatuan Wartawan Melayu Malaysia
  14. Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
  15. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
  16. Persatuan Ulama Malaysia
  17. Majlis Belia Malaysia
  18. Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM)
  19. Persatuan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
  20. Persatuan Guru-Guru Bahasa Melayu.

Pertubuhan Negeri

  1. Angkatan Penulis Kreatif Selangor (AKTIF)
  2. Angkatan Sasterawan Nasional Kedah (ASASI)
  3. Badan Bahasa Sabah (BAHASA)
  4. Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP)
  5. Gabungan Persatuan Penulis Sarawak (GPPS)
  6. Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM)
  7. Ikatan Persuratan Penulis Perak (IPPP)
  8. Lembaga Bahasa Melayu Melaka (LBM)
  9. Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS)
  10. Perkumpulan Penulis dan Peminat Bahasa Muar (PPPBM)
  11. Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Teluk Intan (PENTAS)
  12. Persatuan Penulis Melaka (PERNAMA)
  13. Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)
  14. Persatuan Penulis Negeri Sembilan (PEN)
  15. Persatuan Penulis Johor (PPJ)
  16. Persatuan Penulis Perlis (3P)
  17. Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA)
  18. Persatuan Penulis Negeri Pulau Pinang (2PNP)
  19. Persatuan Penulis Kelantan (PPK)
  20. Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan (PUSPA)
  21. Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA)
  22. Persatuan Kabajikan Penulis Selangor (KEMUDI)
  23. Persatuan Penulis Selangor (PPS)
  24. Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM)

Comments are closed.