Keahlian

Keahlian PLM ini terbuka kepada semua yang berminat dengan mengisi borang keanggotaan yang disediakan. Terdapat tiga kategori keahlian iaitu:

  • Ahli Biasa
  • Ahli Sepanjang Hayat
  • Ahli Kehormat

Ahli Biasa

  • Permohonan untuk Ahli Biasa hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat, dicadang serta disokong oleh ahli Persatuan.
  • Yuran untuk Ahli Biasa ialah $30.00 setahun.
  • Setiap ahli akan menerima kad keahlian yang akan dihantar setelah yuran diterima.
  • Seseorang Ahli Biasa yang gagal membayar yuran untuk dua tahun berturut-turut dianggap sudah mengundurkan keahliannya. Ahli akan diterima kembali ke dalam Persatuan apabila semua yuran yang tertunggak dijelaskan.
  • Pengunduran dari menjadi ahli biasa hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat, dan yuran tidak akan dikembalikan.
  • Anggota-anggota biasa mempunyai hak mengundi dalam Mesyuarat Agung dan layak bertanding untuk mana-mana jawatan dalam Persatuan.

Ahli Sepanjang Hayat/Seumur Hidup

  • Permohonan untuk Ahli Sepanjang Hayat hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat, dicadang dan disokong oleh ahli Persatuan.
  • Ahli Sepanjang Hayat akan dianugerahkan kepada pemohon dengan bayaran sejumlah $200.00 sekaligus atau secara ansuran kepada Bendahari Kehormat.
  • Setiap ahli akan menerima kad keahlian yang akan dihantar setelah yuran diterima.
  • Seseorang Ahli Sepanjang Hayat boleh mengundurkan keanggotaannya, tetapi yuran seumur hidupnya tidak akan dikembalikan kecuali dengan persetujuan Majlis.
  • Ahli Sepanjang Hayat mempunyai hak mengundi dalam Mesyuarat Agung dan layak bertanding untuk mana-mana jawatan dalam Persatuan.

Ahli Kehormat

  • Ahli Kehormat dianugerahkan oleh Persatuan dengan perakuan Majlis ke atas sesiapa sahaja yang sudah memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada kesarjanaan linguistik.
  • Ahli kehormat tidak akan membayar sebarang yuran, tetapi boleh menikmati semua hak ahli biasa kecuali hak mengundi dan kelayakan bertanding untuk jawatan-jawatan Persatuan.
  • Senarai Ahli Kehormat Persatuan Linguistik Malaysia (sejak 1977- hingga sekarang, 2012):
  1. Yang Amat Berbahagia Tun  Abdul-Rahman Ya’ kub
  2. YBhg.Tan Sri Dato’ Ainuddin  Abdul  Wahid
  3. YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abdul Wahid
  4. YBhg. Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar (Allahyarham)
  5. YBhg. Datuk Dr. Haji Hassan Ahmad (Allahyarham)
  6. YBhg. Dato’ Abu Bakar Hamid
  7. YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Hjh. Nik Safiah binti Hj. Abdul Karim
  8. YBhg. Datuk Baharuddin bin  Zainal
  9. YBhg. Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan
  10. YBhg. Prof. Dr. Shaharir Mohamad Zain
  11. YBhg. Tan Sri Datuk Jins Samsudin
Semua ahli diminta mengisi borang biodata ahli bahasa untuk rekod dan rujukan Persatuan.Borang keahlian dan biodata ahli bahasa boleh dimuat turun dalam format Microsoft Word atau pdf dengan klik pada salah satu butang berikut:

Comments are closed.