Kursus

Persatuan Linguistik Malaysia menawarkan kursus dalam bahasa Melayu dan secara pakej berbayar kepada jabatan dan agensi kerajaan, agensi swasta dan pihak lain yang berminat. Kursus akan dibimbing oleh pakar bahasa Melayu yang yang terdiri daripada para pensyarah universiti, pegawai dari Dewan Bahasa dan Pustaka termasuk individu yang terkenal dalam bidang kebahasaan. Tarikh, tempat kursus, modul pengajaran dan kos boleh dirunding dari semasa ke semasa.

Objektif utama:

Kursus ini adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran berbahasa Melayu baku dalam kalangan pegawai/pentadbir di pelbagai sektor awam dan swasta, supaya dapat menghasilkan pelbagai jenis dokumen rasmi yang berkualiti. Secara umumnya, peserta dijangka dapat mencapai objektif yang berikut:

  1. Pengetahuan dan kemahiran yang lebih mantap tentang prinsip penulisan pelbagai jenis dan format dokumen rasmi di sektor awam dengan menggunakan laras bahasa Melayu baku yang berkualiti.
  2. Pengetahuan dan kemahiran yang lebih mantap tentang penggunaan laras bahasa Melayu baku dalam penulisan dokumen rasmi yang berkualiti.
  3. Pengetahuan dan kemahiran yang lebih mantap untuk mengenal pasti jenis kesalahan umum tatabahasa dalam dokumen rasmi dan membetulkannya.

Tenaga Penceramah:

Pakar bahasa, pensyarah universiti, pegawai DBP, dan individu yang terkenal dalam bidang kebahasaan.

Pakej: RM3,500.00 sehari*
Masa: 8.30 pagi – 5.00 ptg
Peserta: 25 – 40 orang

Pakej: RM5,500 dua hari*
Masa: 8.30 pagi = 5.00 ptg
Peserta: 25 – 40 orang

Pakej: RM7,000 tiga hari*
Masa: 8.30 pagi = 5.00 ptg
Peserta: 25 – 40 orang

*harga boleh dirunding.

Tempoh Kursus:
Satu (1) hingga tiga (3) hari tertakluk pada modul yang dipilih.

KEPERLUAN:
PLM: Menyediakan folder kursus yang mengandungi nota, brosur, lembar bahasa, buku terbitan PLM dan sijil.

Penganjur: Menyediakan tempat kursus, peralatan alat bantu mengajar, makan/minum
penceramah dan penginapan penceramah/urus setia DBP (jika dibuat di luar Kuala
Lumpur)

Untuk keterangan lanjut:

No. telefon :

012­9554019 (Junaini Kasdan) 012­3883110 (Zaiton Ismail)

012­6180260 ((Mardian Shah Omar)

E‐mel:

junainikasdan@yahoo.com

zaiton3@dbp.gov.my

dian@uniten.edu.my
No. Faks: 03­21479643

BIRO PENATARAN DAN LATIHAN,

PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA,

d/a DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, ARAS 8, MENARA DBP,
JALAN DEWAN BAHASA,
50460 KUALA LUMPUR.

Berikut adalah senarai kursus yang ditawarkan oleh PLM :

Comments are closed.