BANGSA PELAUT TERULUNG: KENAPA KAPAL MELAYU DULU BESAR TAPI SEKARANG DAH KECIL?

Mungkin ramai pernah terfikir kenapa kita semua kat Malaysia ni selalu menggelar tanah kelahiran kita sebagai tanah air, sedangkan negara lain tak ada pun nak sebut tanah air semua bagai. Orang barat pun panggil tanah kelahiran mereka sebagai The MotherlandThe Fatherland dan macam-macam lagi. Cuma kita kita kat Nusantara je panggil tanah air ni,

Terdapat penjelasan yang boleh diambil kira tentang kewujudan perkataan tanah air tu, sebenarnya dulu sebelum zaman kejatuhan Melaka tu, orang-orang di nusantara ni boleh dikira sebagai bangsa pelaut terulung! Ini kerana terdapat pelbagai info mahupun naskhah yang menyatakan kita memang sinonim dengan darat dan juga laut. Ini antara sebabnya…

Kapal Melayu merupakan kapal terbesar di dunia!

Hanya ilustrasi. Imej dari The Patriot

Mesti ada yang ingat benda ni macam main-main je kan? Kalau ada antara korang yang pernah baca, di nusantara terdapat pelbagai jenis bot dan kapal yang wujud. Dalam pada itu, ia mempunyai fungsinya yang tersendiri mengikut saiz hinggalah jenis kayu yang digunakan. Semua tu bukanlah kebetulan semata-mata, ada sebab tersendiri mengapa saiz dan bahan yang digunakan itu berbeza.

Untuk pengetahun korang, boleh dikatakan kapal dari Nusantara adalah yang paling besar even melebihi ciptaan empayar Cina dan juga negara barat, ia digelar sebagai Jong. Ia merupakan sebuah kapal layar yang sangat besar di mana beratnya dikatakan mencecah 1000 tan. Kegunaan kapal Jong ni memang untuk berlayar jauh, sebab tu saiz dia besar gila!

Dikatakan kalau kapal Jong ni nak berlabuh, ia perlu berlabuh jauh daripada pelabuhan sebab takut ia akan berlanggar dengan kapal dagang luar negara. Dalam pada itu, kapal layar ini juga bukan hanya mampu digunakan untuk berlayar je, malah ia juga mampu menyertai apa-apa peperangan. Sampaikan ada yang kata kapal Jong ni boleh menerima tembakan meriam barat tanpa mendapat kerosakan serius.

 
 

Perbandingan kapal Jong dengan Galleon milik British. Imej dari Al Kisah Melayu

Kapal Jong ni boleh dikatakan penyumbang terbesar kepada aktiviti perdagangan terawal Asia Tenggara apabila ia menyatukan jalur perdagangan yang meliputi beberapa kerajaan ketika itu iaitu Champa (Vietnam)Ayuthaya (Thailand)AcehMelaka dan Makassar. Tidak lupa juga ia memberi akses kepada orang kita pergi berdagang di dunia luar juga.

Tu yang main kotor terus. Imej dari imgflip

Namun, sebenarnya banyak lagi kapal yang dibina di Alam Melayu ni, sampaikan ada teknologi luar yang diambil untuk membuat kapal. Ia adalah…

Tiga kelas kapal tradisional di Alam Melayu

Ni antara jenis-jenisnya. Imej dari History Buff

Kapal di Nusantara ni boleh dibahagikan kepada 3 kelas iaitu:

Kapal Besar

  • Kapal Jong
  • Kapal Ghali
  • Kapal Pinisi
  • Kapal Pinas/Bedar

Kapal Besar ini selalunya digunakan untuk ekspedisi yang jauh, selalunya melibatkan pelayaran ke negara di hujung dunia tu. Bahan yang digunakan untuk membuat kapal ini juga adalah yang terbaik seperti kayu cengal dan juga kayu jati. Ini kerana sudah terbukti kedua jenis kayu itu mempunyai ketahanan yang sangat tinggi dan dalam masa sama mempunyai jangka hayat yang sangat lama.

 
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!
 
 

Lukisan kapal Pinas dekat setem. Imej dari Wiki

Kira kalau betul dijaga, memang takkan reput lah kayu tu, sebab tu ada je rumah kampung yang diperbuat daripada kayu cengal atau jati yang masih lagi berdiri sehingga hari ini walaupun sudah berusia ratusan tahun. Kapal ni juga mampu untuk engage dalam medan perang kalau perlu! Itu untuk kapal besar lah, kelas seterusnya pula adalah…

Kapal Sederhana

  • Kapal Padekawang (Bugis)
  • Kapal Nade (Sumatera)
  • Kapal Lancang (Sumatera)
  • Kapal Patoroni (Bugis)
  • Kapal/Perahu Penjajab, Pencalang, Mayang, Palari, Payang
  • Kapal Tongkang (Singapura)
  • Kapal/Perahu Kora-kora (Kepulauan Maluku)

Banyak kan nama-nama kapal sederhana ni? Semua kapal ini hanya digunakan untuk pelayaran jarak dekat sahaja, tak ada lah dekat sangat. Dia setakat kalau nak pergi ke pelabuhan negeri-negeri jiran macam tu mampu lah, barang-barang yang perlu dibawa pun tak lah banyak sangat macam pelayaran jarak jauh yang guna kapal besar tu.

Mini replika Kapal Lancang Kuning, yang dalam lagu tu. Imej dari OkeZone

Oleh kerana fungsinya untuk pelayaran jarak dekat, kayu yang digunakan untuk membina kapal-kapal sederhana ni hanyalah menggunakan kayu yang berkualiti, tapi bukanlah jenis yang tahan lama seperti cengal dan jati. Jenis kayu yang diketahui untuk bina kapal sederhana adalah kayu seraya, meranti, merbau, tempinis, penaga dan juga kelat. Kira memang banyak pilihan dah tu.

Disebabkan kayu yang kuat dan tahan lama gila-gila hanyalah cengal dan jati, ia hanya dikhususkan untuk membuat kapal besar sahaja. Tapi rasanya mesti ada je orang yang guna kayu premium ni untuk buat kapal lebih kecil kan, takkan lah tak ada yang buat macam tu. Kita beralih pula kepada kelas yang seterusnya…

Banyak betul kan?! Imej dari imgflip

Kapal atau Perahu Kecil

  • Perahu Kolek
  • Perahu Baluk
  • Perahu Jalur
  • Kapal Kajangan/Setok
  • Perahu Kakap
  • Perahu Sekoci

Kelas kapal yang terakhir adalah kapal atau perahu kecil, ia digunakan sebagai pengangkutan di sungai dan pesisir pantai. Memang kapal kecil ni hanya digunakan untuk jarak yang dekat je lah, sebab kalau dorang masuk ke kawasan laut dalam confirm terbalik punya. Kapal jenis di banyak digunakan oleh nelayan lah, sebab zaman tu memang job nelayan ni antara yang paling ramai orang buat.

Perahu Kolek Malaysia. Imej dari Tourism Kelantan

Percaya atau tidak, zaman sekarang kita hanya boleh nampak pembuatan perahu sederhana dan kecil sahaja. Kita memang susah nampak dah kapal besar lebih-lebih lagi kapal Jong dan Ghali, ia ibarat ilmu pembuatannya sudah pun hilang daripada rekod kita. Kalau ada pun, semua tu adalah replika sahaja dan kualitinya pasti tak sama dengan kapal tradisional dahulu kala.

Kenapa perkara sebegitu terjadi? Sebenarnya ada teori yang mungkin boleh diterima pakai tentang bagaimana ilmu sebegitu boleh dilupakan. Ia disebabkan…

Penjajahan merupakan punca ilmu itu hilang

Tragedi 1511. Imej dari AmazingNara

Pasti ada yang tanya, apa kene mengena penjajahan dengan ilmu buat kapal ni kan. Sebenarnya memang berkait rapat pun, dikatakan segala ilmu perkapalan kita mula menghilang adalah selepas Nusantara dijajah oleh pelbagai kuasa barat iaitu dimulakan dengan serangan terhadap Melaka pada 1511 oleh Portugis. Lepas tu tambah lagi dengan Belanda, Inggeris dan seterusnya.

Kita pergi balik kepada konteks jenis kapal tadi tu, kita ada kapal yang dibuat khas untuk berlayar pada jarak jauh, sederhana dan dekat. Kalau kita ikut logik tu, memang pasti akan dilupakan segala cara pembuatan kapal besar. Ini disebabkan, selepas dijajah, ekspedisi pelayaran jarak jauh akan berkurangan atau mungkin tak ada langsung.

Bila tak berlayar jauh-jauh, nak buat apa bina kapal besar dah kan. Jadi orang nusantara dulu kekal dengan kapal sederhana dan perahu kecil sahaja. Namun, masa berganti masa, tinggal lah ilmu untuk membuat perahu kecil sahaja sebagai satu-satunya yang belum ditelan zaman lagi. Zaman sekarang kita masih boleh tengok orang yang buat perahu, lagi-lagi dekat Kelantan dan Terengganu.

Cuma tu pun ramai dah tak nak ambil tahu, sebab kita sudah pun masuk era moden. Minat orang zaman sekarang pun mula berubah dan mungkin tidak merasakan aktiviti membuat kapal tradisional akan memberi keuntungan kepada mereka, jadi ada kemungkinan kita juga akan kehilangan ilmu membuat perahu kecil tradisional ni.

Secara asasnya macam ni lah. Imej dari imgflip

Oh ye, tak lupa juga penjajah-penjajah ni juga banyak mengambil manuskrip lama Nusantara dan bawa balik ke negara dorang tau. Semua manuskrip itu diambil masa zaman penjajahan dorang tu lah, dikatakan di Universiti Leiden, Belanda, terdapat beratus manuskrip Nusantara disimpan di sana. Kebanyakannya menggunakan tulisan jawi dan bahasa Melayu lama.

Bila kitorang check dekat arkib online dorang, memang ada sebenarnya! Dorang pun ada peta lama Selat Melaka, manuskrip dalam tulisan jawi semua tu. Adakah dorang dah kaji sehabis-habisnya? Itu kita tak tahu. Yang pasti, kita masih lagi tak tahu isi kandungan manuskrip itu, apakah ilmu yang ingin disampaikan oleh nenek moyang kita tu semua kita masih tak tahu.

Ni antara yang dorang simpan. Imej dari Universiti Leiden

Jika korang jenis cerdik pandai, daripada membaca tentang konspirasi ke apa, cuba lah mengkaji benda-benda macam ni. Ia lebih baik daripada mengkaji benda-benda yang mengarut. Tepuk dada tanya selera Ingat, tak perlu kita mengagungkan orang barat sangat. Ingat , warga Nusantara dulu merupakan Bangsa Pelaut Terulung!

 

 

AGAMA

HASSAN AZHARI: ORANG YANG DIAMANAH MELAUNGKAN AZAN PADA DETIK 31 OGOS 1957

 
 

*Artikel ini pada asalnya diterbitkan 26 Ogos 2020*

Perasaan dan semangat patriotik kita di Malaysia semestinya membuak-buak apabila tiba bulan Ogos. Pada bulan ini jugalah, media sosial, TV dan radio akan mengisi mata dan telinga kita dengan hal-hal berkaitan kemerdekaan. Nama-nama tokoh akan diangkat semula serta kisah-kisah pahit getir perjuangan kemerdekaan disajikan kembalikan.

Hinggalah kemuncaknya, apabila orang ramai akan turun menyaksikan perbarisan sempena hari kemerdekaan di dataran Merdeka atau pun Putrajaya. Begitulah kitaran masa yang berlaku bagi kita rakyat tanah air ini. Pada tahun ini, suasana itu mungkin berbeza tanpa ada perbarisan kerana kita sedang berdepan wabak COVID-19.

Namun, usaha untuk mengetengahkan nama-nama penting semasa kemerdekaan tidak boleh berhenti. Jika nama Tunku Abdul Rahman diangkat dan diingati kerana laungan MERDEKA. Kita juga perlu mengangkat nama orang yang diamanahkan melaungkan azan selepas negara diisytiharkan merdeka pada majlis yang sama.

“Air mata pagi itu adalah air mata gembira. Perasaan ketika itu sukar untuk dikatakan.”

 
 

Sebelum negara kita merdeka, Hassan Azhari memang sudah terkenal dengan laungan azannya, nasyid dan bacaan tilawah Al-Quran. Sewaktu muda, beliau sangat aktif dan sering dipanggil untuk memperdengarkan azan pada majlis pembukaan masjid-masjid di negeri Selangor.

Buakn setakat itu sahaja, beliau sering muncul di RTM yang dah wujud sejak tahun 1946 lagi. Sewaktu iu, beliau sering menjadi penyanyi nasyid bagi untuk program lagu nasyid di radio RTM yang diterbitkan oleh seorang veteran wanita UMNO iaitu Tan Sri Aishah Ghani.

Seminggu sebelum tarikh 31 Ogos 1957, Menteri Pelajaran ketika itu iaitu Rahman Talib telah datang menemuinya dan bertanya sama ada beliau boleh azan pada majlis pengisytiharan merdeka nanti. Beliau bersetuju dan terus mengarang lagu sikah (rentak azan) yang mempunyai unsur gembira. Beliau telah berlatih pada malam sebelum tibanya majlis itu. Ini kerana baginya, hari itu nanti semua yang hadir di stadium merdeka berkongsi perasaan gembira.

Pada pagi itu, kenderaan yang dihantar Menteri Pelajaran telah tiba di rumahnya pada pukul 6.30 pagi di Klang. Lantas, beliau dihantar ke Stadium Merdeka dan ditempatkan di satu bilik khas bersama pembesar suara. Di situ, beliau menunggu isyarat di antara jam 8.30 hingga 9 pagi untuk melaungkan azan.

Imej dari Library Perdana

Akhirnya, isyarat telah tiba, maka laungan azan telah dikumandangkan olehnya sebagai tanda mengagungkan Allah di atas kemerdekaan negara  ini. Stadium yang pada mulanya gegak-gempita menjadi sunyi apabila orang ramai bertukar senyap kerana menghormati laungan azan dari pemuda berusia 29 tahun ketika itu.

 
Dapatkan artikel SOSCILI terus kat email!
 
 

“Air mata keluar (ketika melaungkan azan). Ini bang lain punya kerana seronok punya hati kita merdeka … Betul betul apabila tiba masanya, lepas tu Tunku kata ‘merdeka, merdeka, merdekaaa’.” – Hassan Bin Azhari, petikan dari UMNO Malaysia

Laungan azan bagi menyambut kemerdekaan ini telah dilaungkan selepas Tunku Abdul Rahman al-Haj melaungkan ungkapan merdeka sebanyak tujuh kali.

“Masya-Allah! Air mata pagi itu adalah air mata gembira. Perasaan ketika itu sukar untuk dikatakan. Kita sebak, sayu dan menitiskan air mata. Kita menangis kerana gembira.” – Hassan Bin Azhari, petikan dari Berita Harian

Lahir di Mekah, dan menyumbang jasa dalam pengajian Al-Quran di Malaysia

Bagi yang tak kenal keturunan Hassan Azhari secara mendalam, nama penuh ayahnya ialah Haji Azhari Bin Haji Abdul Khalid yang merupakan seorang agamawan yang menetap di Mekah untuk beberapa tempoh yang lama. Ayahnya berketurunan Melayu Banjarmasin, Indonesia yang sempat mendalami beberapa ilmu antaranya bidang fiqh, hadith, tafsir dan sebagainya.

“Ayah beliau merupakan rakan baik kepada Ahmad Badawi iaitu ayah Perdana Menteri Malaysia yang ke-5, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi (Abdul Halim El-Muhammady, 2006). Ayahnya seorang ulama dalam bidang tafsir, tafsir, Syariah dan ilmu al-Quran.” – Petikan dari jurnal kajian KUIS

Tengok gaya, tahu azannya sedap. Imej dari Twitter Gmabar Klasik

Kehebatan ayah diwarisi anaknya, iaitu Hassan Azhari yang dilahirkan pada 18 Ogos 1928 di sebuah perkampungan Syu’ib Amir yang terletak berdekatan dengan Masjid al-Haram. Maka, beliau dibesarkan di tengah masyarakat Arab yang dikenali lasak dan ganas. Ketika menetap di Mekah, beliau sempat menghafaz al-Quran sebanyak 10 juzuk dengan Sheikh Ismail Tamim dan belajar secara formal di Madrasah Dar Ulum, Mekah.

Sehinggalah usianya 10 tahun (ada yang berpendapat 8 tahun), beliau kemudian pulang ke Malaya kerana mengikuti bapanya yang menerima tawaran dari Yang Amat Mulia Sultan Selangor untuk mengajar di Sekolah Marta’ al-Ulum ad-Diniyyah yang terletak di Kuala Langat pada tahun 1938.

Hakim terawal pertandingan Tilawah Al-Quran antarabangsa serta mempunyai pengaruh dunia

Di Malaya, beliau menyambung pelajarannya di Marta’ al-Ulum ad-Diniyyah (tempat ayahnya mengajar) selama beberapa tahun, Kemudiannya, beliau melanjutkan pelajaran ke Sekolah Arab al-Hayat al-Mardiyyah yang terletak di Kampung Jawa Klang, Selangor.

Pembelajaran beliau diteruskan ke negeri seberang ketika itu Singapura dengan menyambung pengajian di Madrasah al-Junaid selama 2 tahun. Antara gurunya ketika itu ialah Sayyid Abu Bakar al-Saqqaf dan Sheikh Abdullah al-Faqih. Beliau kembali ke Malaya dengan pengajian sehingga ke peringkat Rabi’ Thanawi di Sekolah Hishamuddin, Klang. Pembelajarannya sangat bermanfaat apabila berguru dengan beberapa orang guru terkenal seperti Syeikh Mahmud al-Bukhari, Sheikh Sulaiman al-Sawahi, dan Kiyai Khalil. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian di sekolah Melayu Kuala Langat dan Jubli school Klang.

Gabungan ilmu yang beliau pelajari di Mekah dan Malaya telah menjadikannya seorang pakar dalam pendidikan Al-Quran di Malaysia. Banyak jasanya yang mungkin ramai tak tahu sehingga namanya menjadi terkenal pada zaman awal kemerdekaan hingga tahun 90-an.

Hassan Azhari sewaktu mengajar bacaan al-Quran sama ada di usia tua atau muda. Imej dari Keluarga.my

Pada tahun 1950, beliau dijemput menjadi hakim dalam pertandingan Tilawah Al-Quran di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sama ada di peringkat daerah, jajahan, negeri, negara dan antarabangsa. Pada tahun 1961, kerajaan Malaysia memperkenalkan pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa. Beliau merupakan salah seorang hakim terawal untuk pertandingan berprestij ini.

Oleh kerana kepakarannya diakui peringkat antarabangsa, maka beliau turut diundang untuk menjadi hakim bagi pertandingan peringkat antarabangsa di Mekah dari tahun 1979 hingga 1993, Mesir pada 1993 dan 1994, dan beberapa negara jiran seperti Brunei, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Di Malaysia, beliau juga adalah pelopor dalam pengajian Al-Quran. Kelebihannya adalah pandai menarik minat kanak-kanak untuk belajar Al-Quran melalui pendekatan Muqaddam selama 8 tahun yang disiarkan di RTM bermula 1979. Teknik pengajarannya bermula dengan pengenalan huruf, diikuti dengan perkataan al-Quran, dan diikuti dengan bacaan oleh murid-murid yang mengikuti pengajian tersebut. Rakaman pembelajarannya telah menjadi rujukan masyarakat ketika itu. Antara rakamannya:

  • Rakaman sebanyak 400 siri Pembelajaran al-Quran di Radio RTM dari tahun
    1960 hingga 1998
  • Rakaman sebanyak 442 Siri Pembelajaran al-Quran di Televisyen RTM dari
    tahun 1979 hingga1984
  • Rakaman cakra padat (CD) Berzanji
  • Rakaman cakra padat (CD) Tarunnaum al-Quran
  • Rakaman 45 siri Video Cakra Padat (VCD) Pelajaran al-Quran 1990
  • Rakaman kaset Pembelajaran al-Quran terbitan Singapura

Selain program dan hakim, beliau juga adalah ahli aktif dalam Persatuan Qurra’ Malaysia sama ada di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa. Beliau telah menjalinkan hubungan baik antara ahli qurra’ di negara seperti Indonesia, Singapura, Pakistan, Mesir, Saudi dan Iraq.

Pernah menerima Anugerah Tokoh Maal Hirah. Imej dari Youtube

Usaha yang dilakukan beliau mendapat pengiktirafan hingga diamanahkan jawatan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Qurra’ Antarabangsa yang berpusat di Bagdad, Iraq ketika itu. Ini membuktikan bahawa Tan Sri Dato’ Haji Hassan bin Azhari amat dikenali di seluruh dunia dan menjadi salah seorang pakar rujuk dalam bidang al-Quran.

Tokoh ini mempunyai sumbangan tersendiri dalam mengisi kemerdekaan yang dicapai

Untuk pengetahuan semua, Hassan Azhari adalah bapa kepada pelakon terkenal Dato’ Jalaluddin Hassan dan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Anak pun hebat-hebat, apatah lagi jasa ayahnya dari zaman sebelum merdeka hingga selepas merdeka.

Anak dan bapa dalam ketokohan yang tersendiri. Imej dari Berita Mediacorp

Walaupun tokoh seperti Hassan Azhari tidaklah disebut-sebut seperti yang lain, namun beliau telah berjasa kepada negara ini cengan caranya tersendiri. Beliau telah mengajar nenek moyang kita mengenai ilmu Al-Quran tanpa mengira penat dan lelah. Begitulah cara beliau mengisi kemerdekaan yang telah dicapai negara selepas berlinangnya air mata beliau melaungkan azan di hari pertama negara kita merdeka.

“Kerna kita telah terjajah begitu lama. Ini hari kita telah keluar dari ini. Hubbul watan minal Iman. Kasihkan tanah air adalah salah satu daripada iman. Jadi apabila sebut merdeka, maka datang satu kegembiraan daripada hati kita.” – Hassan Azhari, petikan dari UMNO Malaysia

Beliau telah pun meninggalkan kita semua pada 6 Oktober 2018 yang lalu. Namun, semangatnya mengisi kemerdekaan dengan cara tersendiri mestilah sama-sama kita hayati dan renungkan. Jadi, apa pula peranan korang semua dalam mengisi kemederkaan negara?

Bangsa Pelaut Terulung: Kenapa kapal Melayu dulu besar tapi sekarang dah kecil?