Jurnal Linguistik yang dahulunya dikenali sebagai Jurnal Persatuan Linguistik merupakan
jurnal rasmi terbitan Persatuan Linguistik Malaysia (PLM). Jurnal ini mula diterbitkan pada
tahun 1983 dan berjaya mengekalkan penerbitannya sehingga kini.
Sasaran jurnal ini adalah untuk menyediakan ruang penerbitan kepada ahli akademik,
penyelidik, pelajar ijazah tinggi serta ahli bahasa dan linguistik untuk menerbitkan artikel
yang memberi sumbangan kepada perbahasan semasa dalam semua cabang bahasa dan
linguistik. Tujuan adalah untuk berkongsi teori linguistik terkini, hasil penyelidikan, dan
pelbagai idea mengenai bahasa dan linguistik.
Jurnal Linguistik memuatkan artikel dalam bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.
Penyumbang artikel terbuka kepada para ahli akademik, penyelidik, pelajar ijazah tinggi
serta ahli bahasa dan linguistik tempatan dan antarabangsa.
Penyumbang artikel boleh memfokuskan aspek bahasa dan linguistik yang merangkumi
aspek yang berikut:
a) Teori dan aplikasi linguistik.
b) Kajian korpus.
c) Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, bahasa
kedua dan bahasa asing.
d) Bahasa dan teknologi maklumat.
e) Bahasa dan komunikasi silang budaya.
Bermula pada tahun 2010, Jurnal Linguistik ( Jurnal Persatuan Linguistik) telah terbit
sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Mei dan November. Jurnal Persatuan Linguistik
edisi digital bermula dengan Jilid 18 Bil.(1) sehingga kini.
** Jurnal PLM Jilid 26 Bil.(1) akan diterbitkan pada bulan Jun 2022**
Jurnal Linguistik, formerly known as the Jurnal Persatuan Linguistik is an official journal published by Persatuan Linguistik Malaysia (PLM). The journal was first published in 1983 and managed to retain its publication until now. The main objective of this journal is to provide a platform for researchers and linguists to share their contribution on recent linguistic theories, research findings, and various ideas on language and linguistics.
Jurnal Linguistik contains articles in Malay and English. The journal is opened to local and international researchers and linguists.
The journal focuses on linguistic theory, research methodology, issues on linguistic and the development of the Malay language that includes:
a) Theoretical and applied linguistics
b) Research methodology on language and linguistics
c) Corpus-based research
d) Teaching and learning of Malay as a first and second language
e) Language and Information Technology
f) Language and cross-cultural communication
Starting from 2010, Jurnal Linguistik is published twice a year, i.e. in May and November. Jurnal Linguistik with digital edition begins volume 18 no. (1).
** PLM Journal Volume 26 No.(1) will be published in June 2022**


