Sosiokognitif dan penguasaan pragmatik bahasa Melayu remaja Malaysia:analisis linguistik

  • Nor Hashimah Jalaluddin
Keywords: sosiokognitif, pragmatik, sikap, persepsi, persekitaran

Abstract

Artikel ini membincangkan sosiokognitif dan penguasaan pragmatik bahasa Melayu remaja Malaysia. Apek sosiokognitif yang diteliti dalam menilai penguasaan bahasa Melayu remaja adalah sikap, persepsi dan persekitaran. Kajian Kementerian Pelajaran Malaysia 2000, mendapati pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil sangat lemah dalam mata pelajaran BM ini. Sikap pelajar terhadap bahasa Melayu didapati berkait rapat dengan aspek pedagogi berasaskan peperiksaan dan pengabaian nilai estetika dalam bahasa tersebut. Persepsi remaja bukan Melayu khususnya menganggap BM sebagai tidak penting dan membosankan. Aspek persekitaran pula seperti bahan bacaan, pergaulan dan bahasa perbualan didapati mampu memainkan peranan yang besar terhadap penguasaan bahasa Melayu di kalangan remaja. Kajian ini juga menilai penguasaan pragmatik. Pelajar menghadapi masalah dengan soalan yang memerlukan maklumat budaya, kemahiran berbahasa, mencungkil makna ayat tersirat, maklumat klasik dalam peribahasa dan mata pelajaran KOMSAS. Maklumat pragmatik yang dikaji adalah “bermuka-muka”, peribahasa “bak burung di sangkar emas” dan “berwajah putih atau cerah”. Secara keseluruhannya, tahap penguasaan pragmatik bahasa Melayu remaja Malaysia didapati lemah dan kurang memuaskan.

Published
2010-03-01