Struktur Kata Kerja Transitif + Lagi Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah
Abstract
Penulisan pelajar banyak dipengaruhi oleh bahasa pertuturan yang telah membentuk nahu yang dikenali sebagai nahu deskriptif. Nahu ini mempunyai beberapa perbezaan daripada nahu di sekolah yang dikenali sebagai nahu preskriptif. Salah satu perbezaan yang nyata ialah penggunaan kata kerja transitif diikuti oleh lagi. Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan membahas dan menganalisis struktur sintaksis urutan kata kerja transitif dan lagi yang dianggap salah dalam nahu preskriptif. Data untuk menganalisis urutan ini didapati daripada 1558 pelajar tingkatan 4 iaitu dua buah sekolah di Semenanjung Malaysia iaitu di Kedah, Kelantan dan dua buah sekolah yang lain di Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak. Analisis sintaksis ke atas urutan ini telah membuktikan bahawa kehadiran lagi antara kata kerja dan objek di terima kerana perkataan itu adalah ajung. Ini membuktikan bahawa kehadirannya di antara kata kerja dan kata nama dibenarkan kerana kehadiran ajung tidak menghalang urutan di antara kata kerja transitif dengan objeknya iaitu kata nama. Analisis ini telah menyokong nahu deskriptif dan juga nahu preskriptif sekali gus.

