KOMSAS: Penguasaan, Konflik dan Harapan Pelajar

  • Fauziah Ahmad
  • Zalina Mohd Lazim
  • Kalthum Ibrahim

Abstract

Kejayaan pelajar sering dikaitkan dengan penguasaan, pencapaian, sikap, persepsi dan motivasi terhadap subjek yang dipelajari. Atribusi-atribusi tersebut sering menjadi pembolehubah kepada kejayaan pelajar. Dalam konteks pembelajaran, KOMSAS merupakan komponen yang penting dalam sukatan pelajaran bahasa Malaysia. Satu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah bahasa dan sastera tidak dapat dipisahkan kerana kedua-dua aspek berkenaan lahir daripada sosio budaya masyarakatnya. Pelajar dapat menguasai bahasa dengan baik daripada aspek tatabahasanya, tetapi dalam aspek keindahan bahasa, daya intelek dan daya kreatif dapat dikuasai melalui ilmu sastera. Kajian ini bertujuan untuk melihat penguasaan pelajar terhadap komponen kesusasteraan Melayu (KOMSAS) yang menjadi sebahagian daripada mata pelajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan kaedah survei (pelajar) dan temubual (pelajar dan guru berkenaan). Seramai 1523 pelajar remaja dari Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak telah menjadi responden kepada kajian ini yang menyajikan gambaran keseluruhan aspek KOMSAS dalam bahasa Melayu pelajaran bahasa Malaysia untuk melihat tahap penguasaan KOMSAS dalam kalangan remaja di Malaysia.

Published
2010-03-01