Ketaksaan Figuratif dalam Laporan Berita Sukan Bola Sepak

  • Abir Wardati Nasruddin
  • Zuraini Jusoh
  • Sharil Nizam Sha’ri
  • Zaitul Azma Zainon Hamzah
Keywords: Ketaksaan Figuratif, Laporan Sukan, Internet, Teori Relevans

Abstract

Ketaksaan figuratif terjadi apabila adanya unsur polisemi dan kiasan dalam kata dan ungkapan yang menghasilkan pertentangan dan ketidaksamaan makna rujukan dalam laporan berita sukan bola sepak. Ketaksaan figuratif berkait rapat dengan unsur polisemi pada peringkat leksikon dan perbezaan budaya . Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti dan menganalisis ketaksaan figuratif dalam laporan berita sukan bola sepak. Data kajian terdiri daripada laporan berita bola sepak Liga Perdana Inggeris yang mempunyai ketaksaan figuratif sahaja. Data kajian yang diakses melalui Internet dikumpulkan menggunakan kaedah analisis teks dan dianalisis menggunakan Teori Relevans. Hasil kajian mendapati daripada 22 data kajian didapati sebanyak 15 data yang memperlihatkan ketaksaan figuratif dalam laporan berita sukan bola sepak. Dapatan kajian juga menunjukkan pembentukan makna kata yang figuratif turut mengubahkan makna literal suatu kata itu. Di samping itu, kataksaan figuratif turut memperlihatkan kebolehan seseorang penulis itu mengolah bahasa penulisannya dengan kreatif dan imaginatif. Hal ini sekali gus menunjukkan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang kaya dengan nilai estetika bahasa. Oleh itu, para penulis laporan berita sukan bola sepak harus bijak menggunakan pelbagai gaya bahasa dalam laporan sukan bola sepak mereka bagi menarik minat pembaca.

Published
2021-05-27