Lakuan Pertuturan dalam Filem Nordin Ahmad

  • Aminnudin Saimon
Keywords: Lakuan Bahasa, Filem Melayu, Pragmatik, Teori Lakuan Bahasa (Searle)

Abstract

Lakuan pertuturan merupakan hubungan dua hala antara penutur dengan pendengar yang memperlihatkan ujaran penutur dalam menyatakan sesuatu dapat difahami oleh pendengar dan pendengar bertindak balas terhadap ujaran penutur. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis lakuan pertuturan menggunakan teori lakuan bahasa Searle (1969). Data penyelidikan diperoleh daripada empat buah filem Melayu klasik, iaitu filem Semerah Padi (1956), filem Hang Jebat (1961), filem Seri Mersing (1961) dan filem Lancang Kuning (1962). Hasil penyelidikan mendapati bahawa sebanyak 1391 lakuan bahasa yang terdapat dalam ujaran yang digunakan pada keempat-empat buah filem. Sebanyak 370 lakuan pertuturan daripada FLK, 277 lakuan pertuturan daripada FHJ, 496 lakuan pertuturan daripada FSM dan 248 lakuan pertuturan daripada FSP. Daripada jumlah tersebut, lakuan pertuturan asertif merupakan lakuan yang paling dominan, iaitu sebanyak 671 kekerapan, diikuti oleh lakuan direktif sebanyak 442 kekerapan dan lakuan ketiga yang paling kerap ialah lakuan ekspresif sebanyak 176. Lakuan komisif dan deklaratif merupakan lakuan yang kurang kerap digunakan, iaitu sebanyak 96 dan 6 kekerapan. Penggunaan teori paragmatik, iaitu Teori Lakuan Bahasa (Searle, 1969) dilihat amat berwibawa dalam merungkai makna hajat komunikatif penutur, diinterpretasi dan difahami oleh pendengar, seterusnya pendengar bertindak terhadap hajat komunikatif penutur. Hasil analisis data mendapati bahawa lakuan bahasa dapat memberikan satu input dalam komunikasi, iaitu hubungan yang saling memahami.

Published
2021-05-27