Medan Makna ‘Memperhebatkan Pembanterasan Rasuah’ Dalam Ungkapan ‘Malaysia Baharu’ Mei 2018

  • Mohammad Habibi Saleh
  • Zaitul Azma Zainon Hamzah
  • Rozita Che Rodi
Keywords: Medan Makna, Malaysia Baharu, Banteras Rasuah, Laporan Akhbar

Abstract

Medan semantik atau kadang-kadang disebut medan leksikal adalah kumpulan kata-kata yang mempunyai hubungan pertalian menerusi maksud yang sama, atau melalui hubungan yang lebih abstrak. Dalam kajian ini, pengkaji menyenaraikan dua objektif kajian, iaitu mengenal pasti medan makna ‘Memperhebatkan Pembanterasan Rasuah’ yang membentuk tema ‘Membina ketamadunan berperadaban tinggi’ dalam ungkapan “Malaysia Baharu” 2018, dan menganalisis leksikal yang membentuk medan makna ‘‘Memperhebatkan Pembanterasan Rasuah’ dalam ungkapan “Malaysia Baharu” 2018 menggunakan teori medan makna Trier (1931). Kajian berbentuk kualitatif ini dijalankan menggunakan kaedah analisis teks untuk menganalisis medan makna ‘Memperhebatkan Pembanterasan Rasuah’ berdasarkan teks ucapan dan laporan akhbar yang ada kaitannya dari aspek konsep “Malaysia Baharu” 2018. Data kajian yang dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan dianalisis menggunakan teori Medan Makna Trier (1931). Hasil kajian mendapat usaha kerajaan PH untuk membanteraskan gejala rasuah terpancar dalam medan makna KK1 Gerakan Antirasuah, KK2 Polisi Hadiah dan KK3 Penakrifan. Dapatan kajian ini juga mendapati teori medan makna Trier (1931) dapat memperlihatkan hubungan leksikal yang terhasil dalam setiap kata kunci yang mengelilingi KF2 Memperhebatkan Pembanterasan Rasuah untuk konsep “Malaysia Baharu” 2018.

Published
2021-05-27