Analisis Kata Kerja Bantu Dalam Dialek Melayu Terengganu Menggunakan Program Minimalis

  • Fazal Mohamed Mohamed Sultan
  • Nurul Afiqah Mohamad
Keywords: kata kerja bantu, dialek, Minimalis, Terengganu

Abstract

Negeri Terengganu berada di lokasi geografi pantai timur Semenanjung Malaysia, disempadani oleh negeri
Kelantan dan Pahang. Dialek yang dituturkan oleh penutur natifnya dikenali sebagai dialek Melayu
Terengganu (DMT). Justeru artikel ini bertujuan untuk menjalankan analisis ke atas dialek tersebut
terutamanya Kata Kerja Bantu (KKB). Bagi mencapai tujuan kajian, pengkaji telah menggunakan kaedah
kajian secara lapangan bagi mendapakan data yang diperlukan. Kajian yang dijalankan hanya tertumpu di
dua daerah di Terengganu, iaitu Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dengan memilih seramai 20 orang
responden secara rawak bagi kedua-dua daerah berkenaan. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kata
kerja bantu dalam DMT, mengklasifikasikan kata kerja bantu berkenaan dan menganalisis KKB dalam
dialek tersebut menggunakan pendekatan Program Minimalis. Analiss deskriptif mendapati bahawa dalam
DMT ada KKB yang boleh dilihat dalam dua keadaan, iaitu boleh hadir sebelum atau selepas kata kerja.
Analisis sintaksis telah menemui bahawa KKB dalam DMT mempunyai fungsi gramatikal, iaitu dalam
penandaan kala bagi kata kerjanya. Di samping itu, KKB aspek doh dalam DMT ini boleh hadir selepas
kata kerja dan terdapat juga KKB gabungan antara KKB aspek dan modal yang menjadi satu penemuan
baharu dalam kajian yang dijalankan.

Kata Kunci: kata kerja bantu, dialek, Minimalis, Terengganu

Published
2021-11-12