Aplikasi Teknologi dan Motivasi dalam Kemahiran Berbahasa Melayu untuk Penutur Asing

  • Juwairiah Osman
  • Mardian Shah Omar
Keywords: Bahasa Melayu, penutur asing, Model Kolb, teknologi, motivasi

Abstract

Bahasa Melayu untuk penutur asing merupakan satu kursus yang diwajibkan kepada semua pelajar antarabangsa
di universiti awam dan swasta. Kursus ini juga dipelajari oleh penutur asing dalam bentuk kursus pendek oleh
tenaga pengajar profesional. Pelbagai strategi pembelajaran dan kaedah penyampaian ilmu yang dilakukan oleh
tenaga pengajar bagi memastikan pembelajaran bahasa asing ini bersifat interaktif dan tidak membosankan.
Antara strategi yang digunakan pada masa kini adalah pendekatan teknologi. Tujuan kajian ini adalah
membincangkan aplikasi teknologi dalam kemahiran berbahasa Melayu untuk penutur asing dan pelajar
antarabangsa. Seramai 23 responden terlibat dalam kajian ini, iaitu 20 orang pelajar antarabangsa dan 3 orang
penutur asing. Model Kolb (1984) terdiri daripada empat gaya pembelajaran, iaitu pemerhatian reflektif,
konseptual abstrak, eksperimen efektif dan pengalaman konkrit. Namun, bagi kajian ini pengkaji hanya
memfokuskan pada gaya pembelajaran dalam aspek pengalaman konkrit (Model Kolb). Skop kajian akan
tertumpu pada latihan kemahiran berbahasa dan motivasi yang mendorong penutur asing ini untuk menguasai
bahasa Melayu. Hasil kajian menunjukkan aplikasi teknologi dan motivasi dalam latihan kemahiran berbahasa
Melayu untuk penutur asing memberikan kesan yang baik dalam hasil pembelajaran.


Kata kunci: Bahasa Melayu, penutur asing, Model Kolb, teknologi, motivasi

Published
2021-11-12