Laras Bahasa Gastronomi: Ciri Keperihalan Dan Ciri Linguistik Dalam Facebook (Suami Masak Apa Hari Ini?)

  • Masrina Karim
  • Harishon Radzi
  • Junaini Kasdan
Keywords: Gastronomi, ciri keperihalan, ciri linguistik, Facebook

Abstract

Konsep laras telah mendapat perhatian dalam kalangan ahli-ahli bahasa, khususnya mereka yang terlibat
dengan kajian sosiolinguistik. Mereka mula menyedari bahawa kajian tanpa mengaitkan masyarakat akan
mengetepikan beberapa aspek penting dan menarik serta mungkin menyempitkan pandangan mereka terhadap
bahasa itu sendiri. Makalah ini membicarakan tentang kajian terhadap penggunaan Laras Bahasa Gastronomi
dengan menghuraikan ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik dalam laman Facebook (Suami Masak Apa
Hari Ini?). Pengkaji menggunakan data primer sebagai bahan kajian manakala teknik yang digunakan untuk
mendapatkan data primer ini adalah melalui kaedah pemerhatian. Pengkaji telah memilih untuk menganalisis
wacana yang terdiri daripada pelbagai aktiviti dalam laman rasmi „Suami Masak Apa Hari Ini?‟ di media
sosial Facebook. Laman tersebut telah diwujudkan pada 16 April 2020 iaitu dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP). Kajian laras ini telah menggunakan pendekatan Ure & Ellis. Hasil dapatan dari kajian ini
mendapati bahawa pengguna Facebook mampu menguasai ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik.
Antaranya, aspek tatabahasa dan kosa kata yang berkaitan bidang masakan telah digunakan dengan baik.
Dalam tempoh PKP, mereka menggunakan media sosial Facebook sebagai wahana terbaik dalam berkongsi
pendapat mengenai bahan masakan, gaya masakan, resipi pelbagai menu, dan memberi komen
penambahbaikan sekiranya sesuatu menu itu tidak dapat dihasilkan dengan elok. Malahan, mereka menjadi
lebih kreatif dalam penghasilan hidangan dalam tempoh PKP.

Kata Kunci: Gastronomi, ciri keperihalan, ciri linguistik, Facebook

Published
2021-11-12