Kajian Lakuan Bahasa di Malaysia: Analisis terhadap Trend Data

  • Nurul Afifah Adila Mohd Salleh
  • Maslida Yusof
  • Karim Harun
Keywords: Pragmatik, lakuan bahasa, trend, tesis, data

Abstract

Kajian dalam bidang lakuan bahasa telah dilakukan dengan meluas dalam kalangan pengkaji di Malaysia.
Banyak artikel jurnal, prosiding seminar dan tesis telah ditulis dan diterbitkan dalam pelbagai aspek kajian
lakuan bahasa yang dapat mengembangkan lagi ilmu lakuan bahasa dalam bidang pragmatik. Artikel ini
bertujuan mengkaji trend data kajian lakuan bahasa dalam tesis ilmiah pelajar sarjana dan doktor falsafah di
universiti dalam Malaysia. Carian tesis dilakukan melalui pangkalan data dalam talian yang dikenali sebagai
Malaysian thesis online (Myto). Tiga kata kunci digunakan untuk melakukan carian tesis iaitu „lakuan
bahasa‟, „lakuan tutur‟ dan „lakuan pertuturan‟. Justeru, tesis berkaitan tiga kata kunci ini dikenal pasti dan
digunakan sebagai bahan kajian. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan dan skema
pengkategorian yang dianjurkan oleh Jonathan Culpeper & Mathew Gillings (2019) bagi melihat trend data
tesis iaitu tumpuan utama dalam analisis data, kuantiti data, medium data, bahasa yang digunakan dalam data
dan fiksionaliti. Keputusan kajian ini menghasilkan trend data berdasarkan pemerhatian terhadap tesis-tesis
yang dipilih. Hasil kajian mendapati bahawa subkategori skema trend data yang mendapat lebih perhatian
ialah jenis ucapan, kajian kes, percakapan, bahasa Melayu sepenuhnya dan data sebenar. Kajian ini
memberikan kepentingan kepada pengkaji semasa dan akan datang untuk melihat trend dan perkembangan
kajian lakuan bahasa di Malaysia khususnya dalam memilih data untuk dijadikan bahan kajian. Selain itu,
kajian ini berjaya mendedahkan bentuk data yang kurang atau belum difokuskan dan boleh dipertimbangkan
untuk dikaji oleh pengkaji lain.

Kata kunci: Pragmatik, lakuan bahasa, trend, tesis, data

Published
2021-11-12