“Diglosia” dan “Loyalti” Bahasa dalam Kalangan Masyarakat Orang Asli Semai
Keywords:
Pemilihan bahasa, bahasa Semai, bahasa Melayu, orang asli Semai, diglosia.Abstract
Kajian ini berkenaan masyarakat bahasa Orang Asli Semai (OAS) yang dijalankan di kawasan perkampungan Semai daerah Batang Padang, Tapah, Perak. Fokus kajian adalah tentang pemilihan bahasa dan ‘diglosia’ dalam masyarakat OAS. Metodologi yang diguna dalam kajian ini ialah metode kajian kepustakaan dan kajian lapangan dengan menerapkan kerangka kajian bidang sosiolinguistik sebagai landasan utamanya. Teori yang digunakan ialah pendekatan analisis domain Fishman (1972) yang meneliti pemilihan bahasa berdasarkan domain. Informan terdiri daripada masyarakat OAS yang ditemui di kawasan Batang Padang, Tapah, Perak berdasarkan penentuan sampel menggunakan teknik accidently seperti yang dinyatakan oleh Creswell (1998). Data rakaman diambil menggunakan pendekatan Domain Fishman (1972). Analisis kajian adalah berdasarkan kaedah kualitatif. Hasil kajian mendapati tidak ada diglosia dalam masyarakat bahasa OAS. Bahasa Melayu (BM) merupakan bahasa yang berstatus tinggi sebagai bahasa perhubungan manakala BS sebagai bahasa bahasa ibunda sangat dihargai oleh mereka. Sikap loyalti terhadap bahasa ibunda ini membuatkan bahasa Semai semakin berkembang. Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa kebangsaan digunakan pada situasi tertentu khususnya dalam situasi formal. Tiada dialek BS atau variasi tertentu yang digunakan sebagai unsur diglosia namun BM telah memainkan peranan sebagai pengganti ‘diglosia’dalam domain tertentu yang dianggap tinggi oleh masyarakat bahasa OAS.

