Penyebaran Varian Leksikal Kata Ganti Nama di Daerah Cameron Highlands: Analisis Geolinguistik

Authors

  • Siti Noraini Hamzah
  • Harishon Radzi
  • Junaini Kasdan
  • Nor Hashimah Jalaluddin

Keywords:

penyebaran, dialek Melayu, leksikal, teknologi, GIS

Abstract

Pengaplikasian teknologi dalam bahasa semakin mendapat tempat khususnya kajian berkenaan dialek Melayu oleh para penyelidik bahasa. Ini terjadi disebabkan ledakan revolusi industri 5.0 yang melanda dunia kini. Ekoran itu, kajian ini akan membincangkan perihal penyebaran varian leksikal kata ganti nama oleh penutur dialek Melayu yang tinggal di daerah Cameron Highlands, Pahang berbantukan teknologi Geographical Information System (GIS). Kajian ini bersifat lapangan sepenuhnya dan hanya melibatkan daerah Cameron Highlands. Kaedah temu bual dan soal selidik digunakan bagi mendapatkan data yang diingini. Seterusnya, data-data tersebut ditranskripsi fonetik dan dianalisis secara tuntas menggunakan pendekatan geolinguistik. Kajian ini hanya memfokuskan kepada dua leksikal sahaja iaitu ‘saya’ dan ‘kamu’. Penganalisisan data dibuat dengan menggunakan perisian GIS dan penjelasan data berdasarkan faktor-faktor linguistik dan bukan linguistik. Dapatan analisis membuktikan bahawa penyebaran dialek Melayu di Cameron Highlands amat dipengaruhi oleh faktorfaktor persempadanan dan sosiobudaya. Oleh itu, peta taburan untuk kedua-dua leksikal ini berjaya dihasilkan. Hal ini membuktikan bahawa bidang bahasa dapat berkembang maju seiring dengan kemajuan teknologi pada masa kini.

Downloads

Published

2023-05-24