Struktur Sintaksis Kala pada Frasa Kerja Bahasa Bateq

Authors

  • Muhamad Asytar Mohamad Noor Ropiah
  • Fazal Mohamed Mohamed Sultan
  • Nur Faqihah Hanim Muhamed Sanari

Keywords:

Bateq, kata kerja transitif, Kala, Bahasa Orang Asli Negrito, kata kerja bantu

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang kala yang wujud dalam bahasa Bateq. Penggunaan kala dalam bahasa Bateq digunakan sebagai penanda masa untuk memberi maklumat yang lengkap. Bahasa Bateq mempunyai hubungan rapat dengan bahasa suku kaum Negrito yang lain, ekoran daripada susur galur suku kaum yang sama. Kelompongan dalam perbincangan kala dalam bahasa Bateq perlu dibincangkan kerana penggunaan kala penting dalam pembentukan sintaksis. Kajian ini ingin mengenal pasti kala yang wujud dalam frasa kerja bahasa Bateq. Kajian ini menggunakan data primer yang dikumpul daripada penutur natif bahasa Bateq di Kampung Dada Kering, Kuala Lipis, Pahang. Data dikumpul menerusi kaedah temu bual dengan menggunakan topik kehidupan seharian, aktiviti majlis keramaian dan suasana di pasar. Temu bual dijalankan secara berseorangan dan bersemuka bersama responden. Temu bual dirakam seterusnya diterjemah dan dianalisis menggunakan pendekatan teoritikal menggunakan Program Minimalis. Kajian ini memberikan tumpuan mikro yang menumpukan pada sintaksis frasa kerja yang mempunyai penanda masa. Hasil kajian mendapati bahawa dalam kata kerja bantu (KKB) bahasa Bateq terdapat fitur [+1] bersamanya. Penggunaan kata kerja bantu tersebut boleh hadir pada frasa kata kerja transitif tanpa memerlukan subjek. Menerusi dapatan ini, kajian membincangkan mengenai kata kerja bantu bahasa Bateq tersendiri tanpa kewujudan kata kerja bantu yang diserap dari bahasa Melayu.

Downloads

Published

2023-05-24