Pemilihan Bahasa dalam Kalangan Peserta Latihan dan Dakwah Orang Asli, Kok Lanas Berdasarkan Tiga Domain
Keywords:
Pilihan Bahasa, Orang Asli, Sosiolinguistik, Teori Analisis Domain, Pusat Latihan Dakwah Orang Asli, Bahasa Melayu StandardAbstract
Kemahiran penguasaan lebih daripada satu bahasa telah memungkinkan berlakunya penggunaan bahasa yang pelbagai berdasarkan situasi semasa dan topik perbincangan. Pemilihan bahasa yang yang sesuai dalam sesuatu komuniti menerusi sesuatu topik perbahasan mampu memberi kesan pada kadar kefahaman pendengar. Pusat Latihan Dakwah Orang Asli (PULDOA) telah dipilih sebagai wadah perbincangan makalah bagi menganalisa pilihan bahasa dalam kalangan beberapa etnik orang asli yang ditempatkan di sana. Matlamat utama kajian adalah untuk mengenal pasti bahasa pilihan, menghuraikan pemilihan bahasa berdasarkan tiga domain, dan untuk menjelaskan faktor yang mempengaruhi pemilihan bahasa dalam kalangan peserta PULDOA. Instrumen soal selidik, temu bual dan teknik pemerhatian dijalankan bagi mengumpulkan maklumat pilihan bahasa berdasarkan pengkelasan domain berlandaskan Teori Analisis Domain yang diperkenalkan oleh Fishman (1972). Aplikasi SPSS digunakan bagi menilai dan merungkai pilihan bahasa dalam kalangan peserta PULDOA secara kuantitatif. Hasil kajian telah mendapati bahawa bahasa Melayu standard, bahasa Temiar dan dialek Kelantan telah menjadi bahasa pilihan yang paling dominan dalam ketiga-tiga domain kajian (iaitu domain semasa Pengajaran & Pembelajaran (P&P), domain semasa berinteraksi dengan kelainan etnik dan domain semasa bersosial). Bahasa Melayu standard telah dipilih sebagai bahasa interaksi yang mampu memberikan tahap kefahaman yang paling efektif dalam kalangan peserta kelainan etnik orang asli di PULDOA.

