Kenyataan Media
2 hb Februari 2020
PPSMI MENGULANGI KEGAGALAN
Kami berpendirian menghidupkan semula PPSMI adalah mengulangi kegagalan yang sudah terbukti dan terang lagi nyata.
Segala bukti kegagalan telah diketengahkan secara empirikal sepanjang PPSMI dilaksanakan. Peruntukan sedemikian tinggi dikeluarkan namun hasil mengecewakan. Pelajar merosot dalam dua aras kemahiran : Bahasa inggeris dan Sains dan Matematik
Bukan sahaja pelajar telah berdepan dengan kemerosotan dalam bidang sains dan matematik malah minat pelajar terjejas akibat tidak mampu mengikuti pelajaran subjek tersebut dalam bahasa yang tidak dikuasai dengan baik.
Hujah menolak PPSMI bukan dibuat atas dasar sentimen melulu akan tetapi telah berasaskan fakta dan data oleh penyelidik dikalangan pakar bahasa.
Alasan umum bahawa subjek sains dan matematik tidak boleh dikuasai dalam bahasa ibunda ternyata tidak benar. Sejak pengantar bahasa Melayu diguna, ribuan ahli saintis dan pakar teknologi dihasilkan dinegara ini.
Malah ukuran pencapaian pelajar ternyata menunjukkan kemerosotan ketika PPSMI dilaksanakan sepanjang tempuh 2003 – 2009. Sedangkan berbilion ringgit dibelanjakan untuk perlaksanaan skima tersebut namun ternyata gagal.
Penawaran kepada DPL juga tidak menyelesaikan masalah kerana pelajar tidak akan menguasai kedua-dua bahasa BM dan BI dengan baik.
Jika kita sentiasa mengkagumi negara maju seperti Jepun dan Korea sebagai negara yang mengguna budaya dan bahasa mereka sendiri, kenapa ada yang maseh beriya-iya mahu menekan bahasa inggeris perlu menjadi bahasa pengantar.
Kami menolak alasan bahawa ilmu sains dan matematik datang dari bahasa Inggeris, oleh itu pelajar perlu belajar dalam bahasa tersebut. Ini hujah simplistik dan tidak berasas untuk menjadi alasan PPSMI dilaksanakan.
Bagaimana hujah ini dapat diterima sedangkan negara maju yang tidak mengguna bahasa Inggeris tetapi bahasa kebangsaan masing-masing, namun maju dalam sains dan teknologi.
Dengan mengguna bahasa kebangsaan masing-masing negara seperti China, Jepun, Korea, dan Perancis telah mencipta kemajuan sains dan teknologi yang sangat kehadapan dan menakjubkan. Mereka maju dan mampu bersaing dengan negara yang lain tanpa sebarang masalah.
Soalnya kenapa penyokong PPSMI terlalu yakin Malaysia akan mundur jika pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris tidak diguna.
Kami menolak pandangan Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa bagi Pendidikan (PAGE), yang berpendapat seolah negara akan hilang peluang memanfaatkan kemajuan inovasi di peringkat global melalui potensi hebat dimiliki rakyat sendiri jika PPSMI tidak dilaksana.
Kami menegaskan untuk lahirkan ahli saintis dan jurutera untuk melonjakkan ekonomi bukan bergantung kepada PPSMI
Kumpulan tersebut hanya memberi andaian tanpa bukti kukuh untuk beranggapan bahasa Melayu menjadi faktor negara akan hilang bakat dan tidak mampu bersaing di luar negara.
Negara seperti Russia dan Jepun yang kuat mengguna bahasanya sendiri jauh lebih mampu bersaing dengan negara lain.
Kami kesal kumpulan itu mengaitkan PPSMI dengan pelaburan luar seolah-olah graduan yang keluar dari Malaysia mengguna bahasa Melayu tidak berbakat dan berkualiti untuk menarik pelabur dari luar.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Pengupayaan Melayu