Tahun |
Perjalanan Bahasa Melayu |
644/645 |
- Berita Cina tentang Mo-Lo-Yeu (terletak di Jambi ?) mengirim utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada Maharaja
|
671 |
- Pendeta Cina bernama I-Tsing menyatakan bahawa di Sriwijayatelah ada pengajian tinggi yang menggunakan bahasa MelayuKuno sebagai bahasa penghantar
|
683M |
- Batu Bersurat bertulisan Pallava di Kedukan Bukit ( di Kaki Bukit Siguntang)
|
684M |
- Batu Bersurat di Talang Tuwo (di Barat Palembang)
|
686M |
- Batu Bersurat di Kota Kapur (di Pulau Bangka)
- Batu Bersurat di Karang Brahi (di Merangin dalam daerah Hulu Jambi)
|
832M |
- Batu Bersurat zaman Sriwijaya (Kerajaan Sailendra ?) bertulisan huruf Nagiri di Gandasuli, daerah Kedu Jawa Tengah
|
985-1006M |
- Terjemahan sebahagian Kitab Mahabharata dalam Bahasa Jawa oleh Raja Dharmavamsa
|
1000M |
- Tulisan Bahasa Melayu Kuno di daerah Bangkahulu
|
1029M |
- Tulisan pada patung gangsa di Padang Lawas, Tapanuli
|
1286M |
- Tulisan Perkataan ‘Malaya’ atau ‘Malayu’ (?) pada patung di Padang Rocore, daerah Batanghari
|
1292M |
- Lawatan Marco Polo ke Sumatera Utara
|
< 1297 |
- Batu Bersurat, Batu Nisan bertulisan Arab Malik-Al-Saleh, Sultan Pasai dan Samudera yang meninggal pada tahun 1297
|
1303M-1397M |
- Batu Bersurat di Sungai Teresat, Kuala Berang, Terengganu – Februari atau Mac 1303/1397 ?
|
1356M |
- Batu Bersurat di Pagar Ruyong, Minangkabau – mengandung prosa Melayu kuno dan sajak Sanskrit
|
Abad ke-15 |
|
1521M |
- Kamus Melayu – Itali Oleh Antonio Pigafetta
|
1586-1592 |
- Jan Huyghen Van Linschoten yang tinggal di Indonesia mengatakan Bahasa Melayu umpama Bahasa Perancis di Eropah / Belanda
|
? |
- Surat dalam bahasa Melayu bertulisan jawi oleh RajaBendahara Paduka Seri Maharaja Birni (Brunei ?) kepadaKapitan Inggeris di Jambi
|
1598 |
- Daftar Kata Bahasa di Kepulauan Melayu oleh ahli pelayaran Belanda, Cornelis de Houtman – diterjemah ke Bahasa Latin
|
1601 |
- Surat izin berniaga dalam bahasa Melayu bertulisan jawi oleh Raja Aceh kepada Sir James Lancaster
|
1602 ? |
- Surat dalam bahasa Melayu bertulisan jawi oleh Sultan Alauddin Shah, Raja Aceh kepada Harry Middleton
|
1612 |
- Surat dalam bahasa Melayu bertulisan jawi oleh Sultan Aceh kepada Raja Inggeris, King James I
|
1669 |
- Surat dalam bahasa Melayu bertulisan jawi oleh Raja Jambi kepada Gabenor Jeneral Maetsueyker
|
1670 |
- Surat dalam bahasa Melayu bertulisan jawi oleh Kapitan Laut Buton (Sulawesi Selatan) kepada Gabenor Jeneral Belanda di Betawi
|
1719 |
- Surat Sultan Abdul Jalil Riayat Shah, Johor dan Pahang kepada Raja Louis XV, Roi de France et de Navarre dalam tulisan jawi.
|
1726 |
- Pendeta Eropah datang ke Melaka dan mencatatkanpandangannya tentang bahasa Melayu seumpama bahasaPerancis dan Latin di Eropah atau bahasa Lingua Franca di Italidan Levant. Bahasa Melayu difahami sehingga di Parsi dan
lebih jauh dari itu
|
Awal Abad Ke – 18 |
- Kamus Melayu – Inggeris Oleh Thomas Bowry
|
1817 |
- Percetakan dalam bahasa Melayu bermula di Tanah Melayuiaitu di Mission Press Melaka.
|
1821 |
- A Dictionary Of The Malay Language Oleh William Marsden
|
1822 |
- Percetakan dalam bahasa Melayu bermula di Singapura.
|
1857 |
- Edisi pertama kitab Bustan al-Katibin oleh Raja Ali Haji ( diPulau Penyengat, Riau).
|
1901, 1908, 1932 |
- Kamus Melayu Inggeris Oleh R.J.Wilkinson
|
1902, 1916 |
- Kamus Oleh W.G.Shellabear
|
1913 |
|
1928 |
- “Sumpah Pemuda” di Indonesia, bahasa Melayu sebagaibahasa kebangsaan dan bahasa persatuan di Indonesia pada28 Oktober 1928. Slogan satu bahasa, satu bangsa, satunegara
|
1940-an |
- Sistem Ejaan Za’ba
- Sistem Ejaan Universiti Malaya
- Sistem Ejaan Universiti Kebangsaan Malaysia
- Pelita Bahasa Melayu – 3 Jilid Oleh Pendeta Za’ba ( Zainal Abidin B. Ahmad)
|
1952 |
- Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Kali Pertama (anjuran kerabat Kongres dan Angkatan Sasterawan ’50 (ASAS 50), di Special Hall, Sea View Hotel, Singapura, 12-13 April 1952.
|
1954 |
- Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-2 (anjuran ASAS Negeri Sembilan), di Dewan sekolah King George V, Seremban, 1-2 Januari 1954.
|
1956 |
- Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-3, di Pejabat Kerajaan Johor Bahru, dirasmi oleh YTM Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada 16 September 1956. Majlis penutup oleh YB Dato’ Abdul Razak Hussain, Menteri Pelajaran, di Istana Besar Johor Bahru pada 21 September 1956.
- Penobatan Bahasa Melayu dalam Penyata Razak
- Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka, 22 Jun 1956. Akta DBP 1959.
|
1960 |
- Penyata Abdul Rahman Talib
|
1961 |
|
1966-2001 |
- Koleksi Perpustakaan Negara Sejumlah 60,474 Judul Buku Berbahasa Melayu Daripada Jumlah 105,898 Judul Di Bawah Akta Pemeliharaan Buku-buku 1964 dan Akta Penyerahan Bahan Perpustakaan 1966
|
1967 |
- Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan 1967 diluluskan oleh Parlimen pada 3 Mac 1967. Memorandum mengenai Pelaksanaan Fasal 152 Perlembagaan Malaysia – Penetapan Bahasa Kebangsaan (bahasa Melayu) Menjadi Bahasa Rasmi yang Tunggal dikemukakan oleh Tuan Syed Nasir Ismail, Ketua Pengarah DBP. Perhimpunan kira-kira 2,000 orang daripada 120 pertubuhan bahasa, sastera, budaya,pelajar,politik, maktab, universiti dan lain-lain di Balai Budaya DBP, membantah Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan 1967.
|
1968 |
- Penubuhan Jawatankuasa Penganjur Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) oleh tokoh-tokoh antaranya ialah Zainal Abidin Wahid, Abu Bakar Hamid, Tunku Shamsul Bahrin, Syed Husin Ali dan lain-lain pada 25 Ogos 1968.
|
1970 |
- Penubuhan rasmi Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM) di kampus sementara Lembah Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur, – pelopor universiti berbahasa Melayu dalam semua bidang, bermula dengan 3 fakulti iaitu Fakulti Sastera, Fakulti Sains dan Fakulti Islam pada 18 Mei 1970.
- Penubuhan Sekolah Menengah Alam Shah, Jalan Cheras, sekolah menengah aliran Melayu pertama.
- Akta Universiti dan Kolej Universiti
- Kamus Dewan Oleh DBP
|
1972 |
- Penubuhan MBIM (Majlis Bahasa Indonesia- Malaysia)
- Pengisytiharan Sistem Ejaan Rumi Bersama atau Ejaan Yang Disempurnakan secara serentak antara Malaysia dengan Indonesia oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Tun Hj. Abdul Razak Hussein di Kuala Lumpur dan Presiden Suharto, Indonesia, di Jakarta pada 16 Ogos 1972.
|
1975 |
- Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu
|
1978 |
- Peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE) dimansuhkan dan digantikan dengan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).
- Bahasa Melayu digunakan dalam Jurusan Sastera bagi Tingkatan Enam Rendah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Inggeris.
|
1979 |
|
1980 |
- Peperiksaan Malaysian Certificate of Education (MCE) dimansuhkan dan digantikan dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
- Semua kursus sastera dan bersekutu dengannya di universiti bagi tahun satu dikuliahkan dalam Bahasa Melayu.
- Peperiksaan Higher School Certificate (HSC) dimansuhkan dan digantikan dengan Sijil Tinggi Persekolahan (STP).
|
1981 |
- Bahasa Melayu digunakan dalam semua jurusan sastera, sains dan teknik.
- Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka
|
1982 |
- Semua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) menjadi Sekolah Menengah Kebangsaan.
|
1983 |
- Kuliah dalam bahasa Melayu bagi semua kursus Tahun Satu di universiti dalam bidang sastera, sains , kejuruteraan, perubatan dan lain-lain.
|
1984 |
- Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-4, pada 7-10 Disember 1984 di DBP, Kuala Lumpur, majlis perasmian oleh Dato’ Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Menteri Pendidikan.
- Konvensyen Tulisan Jawi Anjuran DBP
|
1986 |
- Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan
- Dewan Eja – Perisian Komputer Menyemak Ejaan Rumi Bahasa Melayu
- Tatabahasa Dewan Jilid I
|
1987 |
- Perasmian gerakan Cintailah Bahasalah Kita oleh Y.A.B Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur pada 11 Disember 1987
|
1988 |
- Rumusan Sebutan Baku Bahasa Melayu Oleh DBP dan Persatuan Linguistik Malaysia
|
1989 |
- Tatabahasa Dewan Jilid II
|
1991 |
- Kamus Inggeris – Melayu DBP
|
1993 |
- Perdana Menteri, Datuk Seri Dr.Mahathir Mohamad mengumumkan keputusan untuk mengizinkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar bagi mata pelajaran sains dan teknologi di institusi pendidikan tinggi di Malaysia, 27 Disember.
- Badan-badan keluarga Kongres Cendekiawan Melayu (KCM) dan para pejuang bahasa menyediakan memorandum kepada pucuk pimpinan kerajaan Malaysia menentang penggunaan bahasa Inggeris bagi maksud di atas, 28 Disember, (PLM, 18 badan penganjur KCM, GAPENA, Kumpulan 28 Disember)
|
1995 |
- Kongres Bahasa Melayu Sedunia (anjuran DBP), 21-25 Ogos 1995, Hotel Hilton, Kuala Lumpur, majlis penutup oleh YB Dato’Sri Mohd.Najib Tun Hj.Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia.
|
1996 |
- Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing(anjuran BFSU dan DBP), 20-24 Mei 1996, Beijing Foreign Studies University, perasmian oleh YB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia.
- Akta Pendidikan
- Kamus Perancis- Melayu
|
1997 |
- Penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu, MABM Diluluskan dan Dilancarkan Pada Tahun 2000 Dengan Kehadiran Wakil Dari 21 Negara Di Seluruh Dunia
|
1998 |
- Persidangan Pengajian Melayu Sedunia (anjuran DBP danAkademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya), di UniversitiMalaya, Kuala Lumpur, perasmian oleh YAB Timbalan PerdanaMenteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan majlis penutup oleh
Menteri Pendidikan, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Hj. Abdul
Razak pada 28-30 Ogos 1998.
- Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-5, di Dewan Tun Syed Nasir, DBP, Kuala Lumpur pada 2-3 Mei 1998.
- Kamus Telapak BESTA DBP 1, Kamus Elektronik
|
2000 |
- Kamus Pena Quicktionary
- CD-Rom Tatabahasa Melayu Oleh DBP dan Universiti Multimedia, 30 Oktober 2002
|
2001 |
- Daftar Kata Bahasa Melayu : Rumi – Sebutan – Jawi Jilid 1A – K dan Jilid L – Z
|
2002 |
- CD-Rom Tatabahasa Melayu oleh DBP dan Universiti Multimedia 30 Oktober 2002
- Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ke-6, di Dewan Tun Abdul Razak, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan pada 5 September 2002 (catatan: berpindah tempat pada saat terakhir dari kampus UPSI atas “arahan” Timbalan Naib Canselor Akademik UPSI). Perasmian oleh YBhg. Tan Sri Muhammad Mohd. Taib.
- Sejarah Gerhana Bahasa Melayu – Kabinet (Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad) memutuskan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris di institusi pendidikan di Malaysia – 19 Julai 2002.
|
2004 |
- Projek Daftar Istilah Bahasa Melayu – Bahasa Inggeris – Bahasa Jepun Dalam Bidang Sains Asas
- Kongres Bahasa Utama Dunia, Hotel Istana, Kuala Lumpurpada 5-8 Oktober 2004.
|
2005 |
- Projek Dengan Bahasa Korea, Perancis, Jerman Untuk Bidang Kejuruteraan, Pengurusan, Sains & Teknologi
|
12 Sept 2008 |
- Sidang Media 48 Badan Bukan Kerajaan (BBK/NGO) di Yayasan Penataran Ilmu, Kuala Lumpur bertujuan Membantah PPSMI
|
7 Mac 2009 |
- Perhimpunan dan perarakan 100,000 rakyat ke Istana Negara di Kuala Lumpur mengiringi memorandum membantah PPSMI untuk dipersembahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.
|
8 Julai 2009 |
- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin merangkap Menteri Pelajaran Malaysia mengumumkan PPSMI dimansuhkan dan kembali menggunakan Bahasa Melayu di peringkat sekolah.
|