Ini padahnya bila portfolio pendidikan diberi pada Cina

BANGI, 16 Rejab 1441H, Rabu – “Kenapa dari dulu mesti ada Timbalan Menteri Pendidikan Cina. Itu yang dari dulu sekolah vernakular hidup subur dan akhirnya melambak puak yang rasis dan tak tahu bahasa kebangsaan.”

Demikian luahan salah seorang netizen dikenali sebagai Abdullah Sani selepas Timbalan Menteri Pendidikan I, Senator Datuk Dr Mah Hang Soon dilaporkan akan bekerjasama dengan pertubuhan radikal, Dong Zong dan Jiao Zong dalam isu pendidikan Cina.

Terdahulu, Hang Soon yang juga Timbalan Presiden parti perkauman MCA dilaporkan berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan gabungan itu untuk menggerakkan reformasi pendidikan.

“Saya akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan, tapi yang lebih penting ialah menyatukan semua pihak antaranya Dong Zong dan Jiao Zong, pendidik dari semua pihak.

“… untuk bersama-sama saya bekerja keras, membantu saya menggerakkan reformasi pendidikan,” katanya seperti dilapor stesen televisyen NTV7.

Kenyataan Hang Soon yang mahu bekerjasama dengan Dong Zong dan Jiao Zong turut menjadi tajuk berita utama akhbar berbahasa Cina antaranya China Press.

Mengulas perkara itu, pengguna media sosial, Azharidris Yopzaha berkata, puak-puak ultra kiasu tetap bersatu sokong sesama mereka, justeru kerajaan perlu tegas.

“…DAP, MCA, Gerakan semua sama saja. Tak boleh percaya puak-puak ini. Tak payah bagi jawatan sepatutnya walaupun jawatan budak pejabat,” kata Azni Talib.

Sementara Mohd Fazli Bin Abdullah pula mempersoalkan mengapa jawatan timbalan menteri pendidikan diberi kepada MCA.

Katanya, jawatan berkenaan seharusnya diberi kepada PAS supaya selain aliran nasional, pendidikan aliran agama dapat diberi lebih perhatian.

“Hari ini, pendidikan agama lebih kepada gerakan persendirian dan negeri. Alangkah baiknya pendidikan agama secara persendirian dan negeri-negeri dipayungi satu badan khusus,” kata beliau.

Shalhuddin Shah pula menggesa supaya kerajaan menutup semua Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dan sekolah persendirian memandangkan tiada kerjasama jika diteruskan malah keharmonian kaum juga akan hilang.

Manakala Khairulhisham Mohamed pula mahukan kerajaan menyatukan semua sekolah serta mendesak menghapuskan Dong Zong.

“Biar kerajaan yang menentukan agenda pendidikan untuk perpaduan sekarang dan masa depan negara,” katanya.

Timbalan Menteri Pendidikan 1 akan kerjasama dengan Dong Zong, Jiao Zong