PERANAN & TANGGUNG-JAWAB INSTITUSI KERAJAAN LAKSANA AGENDA KEPENTINGAN BUMIPUTERA

Dato Dr Hasan Mad dan Sdr Azril Mohd Amin

Seperti yang termaktub dalam Wasiat Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan Persekutuan, kaum Bumiputera diperuntukkan haknya tersendiri. Dengan yang demikian, melalui kenyataan media ini, MPM menuntut semua agensi dan institusi kerajaan (termasuk semua Agensi Enterprais Awam, PEA; Perbadanan Berkaitan Kerajaan, GLC dan Perbadanan Milik Kerajaan, GOC), diperingkat Persekutuan dan Negeri, melunaskan semua hak itu, yang merangkumi semua bidang kemakmuran.

Melalui tuntutan ini setiap agensi dan institusi itu wajib dengan segera mengkaji sepenuhnya peranan dan tanggung-jawab mereka menjayakan agenda Bumiputera, konsisten dengan peruntukan Wasiat dan Perlembagaan itu serta locus standi masing-masing. Mohon semua agensi dan institusi berkaitan ambil maklum dan dan ambil tindakan terhadap kenyataan media ini.

Sebagai rujukan untuk semua pihak, diturunkan di sini perkara-perkara dalam Wasiat dan Perlembagaan itu untuk dimengerti rasional tuntutan ini.

Wasiat Raja-Raja Melayu

 
 

Melalui kenyataan media ini juga MPM mengundang semua pertubuhan Bumiputera di seluruh Negara termasuk Sabah dan Sarawak serta penduduk pribumi, menghadiri Sidang Khas yang akan diadakan di Wisma MPM, di Jalan Ledang off Jalan Duta, Kuala Lumpur, pada hari Sabtu 16 November 2019, mulai jam 9.00 pagi, untuk MPM memperjelaskan tindak-tanduk yang dipeloporinya ini.

Selepas Sidang Khas itu nanti MPM bersama semua pertubuhan yang terlibat akan menubuhkan sebuah Sekretariat Tetap bagi melakukan tindakan susulan dan memantau dengan lebih berkesan akan tuntutan ini.
 
Diantara tindakan yang akan diambil dengan kadar segera ialah mengadakan pertemuan dengan semua agensi dan institusi itu bagi kami diberikan taklimat akan peranan oleh setiap satunya berkaitan agenda Bumiputera. Pada masa yang sama di sesi libat-urus (engagement) itu kami juga berpeluang mengetahui seandainya ada masaalah atau kekangan dihadapi bagi mereka melaksanakan agenda Bumiputera yang diamanahkan kepadanya.
 
Sayugia juga dimaklumkan bahawa di MPM itu sendiri telah dibentuk 7 Komuniti bagi menghimpunkan Cendekiawan Melayu yang komited memperjuangkan agenda Bumiputera ini. Tujuh (7) Komuniti Cendekiawan yang dimaksudkan ialah dalam bidang berkaitan Hal-ehwal Islam; Kepimpinan & Governance; Pendidikan & Latihan; Ekonomi & Keusahawanan; Keselamatan & Pertahanan; Perlembagaan & Perundangan; dan Tanah Simpanan Melayu, Mereka ini akan bekerjasama dengan lain-lain pertubuhan dan NGO yang berkaitan, menjalankan tugas-tugas pemantauan yang dimaksudkan.
 
Dapatan atau hasil setiap libat-urus itu akan dihebahkan kepada umum untuk dikongsi oleh semua warganegara terutama Bumiputera, sebagai penerima manfaat (beneficiaries). Selain dari itu, semakan (review) tahunan akan MPM siarkan bagi memaparkan prestasi setiap agensi dan institusi itu.
 
 
Dato Dr Hasan Mad
Setiausaha Agung MPM
Dan
Sdr Azril Mohd Amin
Ketua, Komuniti Cendekiawan Melayu Bidang Perlembagaan & Perundangan MPM