DBP berterima kasih atas janji Zuraida

SHAH ALAM – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berterima kasih atas iltizam dan janji Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin untuk memastikan pihak berkuasa tempatan (PBT) menguatkuasakan penggunaan bahasa kebangsaan termasuk aspek mutu bahasa di tempat awam.

Pengerusi Lembaga Pengelolanya, Profesor Datuk Dr Awang Sariyan berkata, seingat beliau, Zuraida ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang pertama membuat kenyataan dan janji yang jelas tentang isu bahasa kebangsaan di tempat awam.


Menurutnya, DBP menunggu untuk melihat perkembangan positif daripada kenyataan dan janji tersebut.

“Sementara itu, khidmat pengesahan bahasa pada iklan dan paparan lain di tempat awam yang dilaksanakan oleh DBP selama ini akan ditingkatkan dan diperluas. Selain khidmat kaunter di Menara DBP, khidmat itu diberikan dalam talian.



“Masalah selama ini ialah kebanyakan PBT tidak tegas dalam mewajibkan pengiklan dan pemapar maklumat di tempat awam agar mendapat pengesahan bahasa daripada DBP sebelum mendapat permit pemaparan daripada PBT,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/89792/BERITA/Nasional/DBP-berterima-kasih-atas-janji-Zuraida
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf