Karyawan Perak mahu DBP diberi kuasa

IPOH – Persatuan Karyawan Perak menyambut baik usaha dilakukan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menguatkuasakan Akta DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu ke peringkat lebih tinggi.


Pengerusinya, Zabidin Ismail berkata, ini kerana, kedudukan bahasa kebangsaan itu dilihat semakin terancam dengan penggunaan bahasa asing secara meluas termasuklah di jabatan-jabatan kerajaan.

Sehubungan itu katanya, sudah tiba masanya DBP diberi kuasa untuk menjalankan penguatkuasaan terhadap kesalahan penggunaan bahasa tersebut.


“DBP tidak boleh selama-lamanya menjadi penasihat bahasa dan hanya boleh menegur mana-mana pihak yang melakukan kesalahan.

“Saya sebenarnya tidak boleh terima rakyat Malaysia yang tidak boleh berbahasa Melayu dan menggunakan bahasa asing kerana dalam Perlembagaan Persekutuan telah termaktub bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Profesor Datuk Dr Awang Sariyan yang menegaskan pembudayaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara terus berdepan cabaran hebat sekiranya usaha penguatkuasaan terhadap penggunaan bahasa kebangsaan tidak dilakukan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/89866/EDISI/Perak/Karyawan-Perak-mahu-DBP-diberi-kuasa
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf