KENYATAAN MEDIA
UMMAH DESAK PENGURUSAN TERTINGGI UKM KEKALKAN VISI DAN MISI.
1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mendesak Pengerusi Lembaga Pengarah dan Pengurusan Tertinggi UKM mengekalkan visi dan misi asal UKM bagi menjadi gedung ilmu, memartabatkan bahasa melayu dan melahirkan modal insan yang hebat dan holistik beracuan kebangsaan.
2. Ini adalah ekoran daripada maklumat yang diketahui umum, bahawa ada kajian dan soal selidik yang dibuat bagi mengubah visi dan misi yang sedia ada dan paling penting memartabat bahasa melayu sebagai bahasa ilmu dan mengantarabangsakannya.
3. Sebarang perubahan visi dan misi yang mengubah dan menduakan bahasa melayu sebagai bahasa utama dalam mengilmukan mahasiswa adalah tindakan mengkhianati masa depan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi negara.
4. Asas penubuhan pendidikan tinggi UKM bukan sahaja melahirkan pelajar yang hebat dan holistik tetapi sebagai simbul gedung ilmu pendidikan negara yang mempertahankan bahasa melayu sebagai bahasa ilmu yang terbukti dan berupaya merentasi pelbagai bidang termasuk sains, teknologi dan matematik.
5. UMMAH memberikan masa 14 hari kepada pengurusan tertinggi UKM agar tampil memberi penjelasan kepada umum tujuan sebenar soal selidik yang dibuat tidak akan mengorbankan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama atau berdepan satu himpunan aman daripada gabungan NGO UMMAH dan Pejuang Bahasa bagi mempertahankan visi dan misi UKM.Jangan gadaikan maruah bahasa demi mencari keuntungan yang singkat tapi mengadaikan maruah dan jiwa bangsa.
Mohd Zai Mustafa
Pengerusi
Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)
8 Julai 2020/ 16 Zulkaedah 1441H
Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=605707970055893&set=a.100367623923266&type=3&theater