Kenyataan Media
UMMAH SOKONG MENTERI PENDIDIKAN TOLAK PPSMI DAN TERUSKAN JAWI
1. Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menyokong sepenuhnya ketegasan Menteri Pendidikan menolak program PPSMI yang telah pun ditamatkan pada 2011, merujuk kepada ucapan beliau di Parlimen pada 16 Julai yang lepas.
2. Keputusan ini secara tuntas memartabatkan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam pengajaran dan pembelajaran sistem pendidikan negara yang menepati Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendidikan 1996 serta Akta Bahasa Kebangsaan 1963.
3. UMMAH berharap agar kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pendidikan ini merupakan pengukuhan kepada keputusan kerajaan pada 2011 dan muktamad serta tidak perlu pihak2 lain menoleh kebelakang lagi bagi menimbulkan isu bahasa dan sistem pendidikan negara.
MOHD ZAI MUSTAFA
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah
17 Julai 2020 / 25 Zulkaedah 1441H
Sumber: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=611074392852584&id=100018500850924