Kincir Air Melayu

Satu lagi teknologi silam orang Melayu yang sudah pupus, kincir air telah menghilangkan perkataan dalam kosa kata orang Melayu apabila ia pupus.
 
Kincir air Melayu bukan seperti kincir air yang dibina semula di Melaka kerana kincir itu ialah noria/ na’urah dari Andalusia/Syria yang asing.
Memang tiada bukti arkeologi atau sejarah yang kukuh ia pernah dibina di Melaka pada masa silam.
 
Nama-nama bahagian kincir air Melayu seperti “besut”, “baling-baling, “peraku/perako” dan “peluang” telah lupus daripada kosa kata orang Melayu.
 
Antara sebab kajian etnosains dan etnoteknolpgi Melayu amat penting ialah memastikan perkataan Melayu asli seperti ini tak terpupus apabila orang Melayu meninggalkan teknologi Melayu lama ketika menyador teknologi baru.
 
Perkataan asli Melayu bagi bahagian-bahagian artifak etnoteknologi boleh digunakan dalam terjemahan istilah teknologi/kejuruteraan daripada BI yang lebih asli.
 
Kaedah ini akan menunjukkan orang Melayu juga ada “akal” teknologinya sendiri yang setara dengan akal teknologi tamadun Dunia yang lain.
 
Contoh pertama:
Turbine blade : “baling-baling turbin” berbanding dengan istilah lazim “bilah turbin”. “Baling-baling” lebih cocok kerana ia memberi makna “berputar kerana terdorong oleh air”. Bilah memberi makna “membelah/menghiris” sahaja yang tidak cocok dengan turbin yang berputar.
Contoh kedua:
Sprayer/sparger: kata tunggal “besut” lebih asli berbanding dengan terjemahan dengan kata terbitan “penyembur”.
Contoh ketiga:
Water outlet: “peluang air” lebih asli daripada terjemahan lazim yang dicipta “alor keluar air”
Water bucket (pada kincir air): “peraku/poraku” lebih asli daripada terjemahan lazim “timba air”.
 
Orang Melayu menggunakan tabung air Melayu diperbuat daripada buluh/upeh yang digelar peraku/poraku untuk menangguk air di kincir air dan bukan periuk tembikar seperti di tamadun China/Iran.
 
Peraku/poraku ada dalam daftar perkataan dialek Minang Negeri Sembilan DBP tetapi sudah hilang dalam kosa kata orang Melayu Negeri Sembilan/Minang.