NGERI MEMIKIRKAN KEDUDUKAN BM SUDAH DI TAHAP INI

Seorang sahabat saya dlm sebuah grup watsap yg disertai beberapa tokoh pejuang Bahasa Melayu dan ahli akademik yg menyokong perjuangan sama, melontarkan komen berikut dua hari lalu:
“Kita bercakap mengenai bangsa lain, ironinya baru ini saya mendengar syarahan umum pensyarah UPM yang disampaikan dalam Bahasa Inggeris oleh seorang pensyarah Melayu.”
Seorang profesor dari universiti lain menyambut: “Hanya di UKM sahaja, syarahan perdana dalam BM. Di universiti lain memang tidak diwajibkan BM. Malah profesor universiti memang enggan memberi syarahan perdana dalam BM.”
Seorang sahabat dari sebuah badan bahasa mencelah: “Univ lain, nc prof2 dll berasa megah & bangga macam mereka masih di london🤣. Bukan berada di bumi tanah melayu.”
Yg lain pula menambah: “Tepat. Malah buat MA pun sekarang, semua mesti BI. Bagaimana BM nak berkembang?” Dan seorang pensyarah lain bertanya: “Adakah dasar bahasa ini boleh dipanjangkan ke uni lain?”
Dijawab oleh Prof tadi dengan agak panjang: “Silap haribulan UKM pun mungkin akan mengikut universiti lain guna BI. Ramai pensyarah muda di UKM memandang rendah BM. Mereka mengajar dalam BI dan tidak mengendahkan teguran…
“Ramai pelajar baru termasuk pelajar Melayu sudah berani menegur pensyarah yg memberi syarahan dalam BM. Ini disebabkan dasar bahasa pemimpin UKM tidak jelas dan tegas. Dekan pula membenarkan pensyarah bersyarah dalam BI. Para pemimpin UKM sendiri pun bukan teladan BM yang baik kerana lebih selesa mengguna BI daripada BM.”
Sahabat dari badan bahasa tadi menjawab: “Sangat betul prof, bgsa melayu/pemimpin melayu sendiri mnjadi pembunuh no.1 bhsa melayu, penghina no.1, pndg jijik/rendah bhsa melayu, agaknya lebih jijik drp longkang & kolam indah water, wpun waternya xindah🤣. diajak memartabat bm 63 tahun xendah2 pun.. elok diseru.. marilah bsama2 kita bunuh bhsa melayu?.. baru “mrka mau kut?”
Dan menambah: “Tanah simpanan hilang, ekonomi hilang, kuasa hilang, bahasa hilang, maruah hilang, politik hilang, sosial hilang, sejarah hilang.. apa lagi yg kau mahu hilang bgsaku?”
Seorang profesor yg lain membalas: “Banyak prof UKM yang cintakan BM, anda mungkin tidak mengenalinya… Jgn perkecilkan prof. Kepimpinan di KPT dan beberapa NC terakhir yg tidak mempunyai kekuatan ‘dalaman’ yg perlu disalahkan…”
Saya sangat tertarik dengan perbincangan ini. Saya anggap ini satu perbincangan penting yg perlu dirakam. Mohon maaflah kalau ada ahli grup yg berasa kurang selesa saya mendedahkan perbincangan tertutup itu ke pengetahuan umum. Saya berfikir dan mempertimbangkannya agak lama juga, hingga saya yakin ia wajar dibawa ke pengetahuan umum, tanpa menyebut nama2 yg berkenaan itu.
Sungguh saya berasa ngeri memikirkan kedudukan BM yg sudah jatuh ke tahap itu
Â