ULASAN | Kenapa Bahasa Melayu sebagai bahasa kedua Asean ditentang?

an Perlembagaan sebagai seorang yang beragama Islam. 

Bahasa Melayu sangat eksklusif

Kerana itu Bahasa Melayu seakan gagal menjadi bahasa nasional kerana identiti Islam yang terkandung dalam Bahasa Melayu itu. Bahkan apabila Alkitab – Bible Kristian – mahu menggunakan nama Allah dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu juga itu mengundang ribut yang bukan sekejap. 

Dalam erti kata lain, Bahasa Melayu sangat eksklusif. Dan usul Ismail Sabri hanyalah mendapat sokongan orang Melayu (itu pun tidak semua Melayu), apatah lagi bangsa lain. Berbeza dengan Bahasa Indonesia, meskipun ia dikatakan sebagai variasi dari Bahasa Melayu, tetapi Bahasa Indonesia yang dituturkan ratusan juta jiwa (lebih ramai dari orang Melayu di Malaysia) lebih inklusif meskipun Bahasa Indonesia merujuk pada sebuah negara. 

Bahasa Indonesia bukan milik orang Islam atau etnik Melayu di Indonesia Bangka-Belitung, Bengkulu mahupun Jambi semata-mata. Bahkan orang Kristian di sana juga menggunakan Bahasa Indonesia. Orang Tionghua di sana juga menggunakan Bahasa Indonesia. Indonesia adalah milik semua warga mereka tanpa mengira agama. 

Mereka nampaknya tidak takut dengan Bible yang telah lama diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia, berbeza dengan kita. Singkatnya yang menjadi cabaran di sini, apabila bahasa dikaitkan dengan agama tertentu, pasti ia menjadi sedikit sebanyak benteng penghalang. Bahasa harus dibebaskan dari pengaruh agama.

Ya, pastinya usul Ismail Sabri bukanlah melibatkan pemahaman agama di negara masing-masing, meskipun isu ini juga wajar dipertimbangkan jika dia serius. Tetapi antara cabaran lain juga, adakah di Malaysia sendiri kerajaan serius untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa nasional? Atau ia hanya gimik politik, seperti biasa?

Zamir Mohyedin, seorang saintis muda dan penulis beberapa buku menyebutkan tentang ralatnya hal ini. Satu poin yang disebutkan beliau ialah nama bandar di Malaysia masih meletakkan nama Inggeris. Kita boleh lihat masih wujud George Town, Butterworth, Bangsar South dan Petaling Street. Sementara di Indonesia, Batavia – nama era Belanda – telah lama ditukar kepada Jakarta.

Kita pula di Putrajaya masih menggunakan presint untuk kawasan penempatan penduduk. Jadi tidak pelik jika ada yang menanggapi usul Ismail Sabri sekadar mahu memenangi hati orang Melayu. Sedangkan secara hakikatnya kita tidak benar-benar serius mendaulatkan Bahasa Melayu.

Adakah mereka serius?

Sememangnya secara ideal Bahasa Melayu diimpikan menjadi bahasa internasional – sekurang-kurangnya di peringkat Asean terlebih dahulu. Ini dibawa oleh golongan pejuang nasionalis Kiri seperti Ibrahim Yaakob, Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ahmad Boestamam. 

Tetapi apabila kepimpinan negara diambil alih oleh nasionalis Kanan dan seterusnya Umno, adakah mereka serius?

Najib Razak ketika menjadi PM, pada tahun 2017, pernah mengusulkan perkara yang sama seperti Ismail Sabri. Tetapi apakah beliau juga serius atau sekadar mahu membuat gempar?


BENZ ALI seorang penulis buku, penyajak jalanan, penerbit buku kecilan, penggiat komuniti Kuliah Buku – Kubu.

Rencana ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Malaysiakini.