engan beberapa sarjana dalam dan luar negara, yang banyak bercakap soal pembinaan negara bagi negara-negara baharu (pernah dijajah/naungan), memerlukan masa yang panjang, untuk mencapai matlamat utama iaitu perpaduan dan kestabilan, terutama apabila berubah daripada negara sebangsa menjadi berbilang bangsa, disebabkan oleh kerencaman yang dibawa, seperti agama, bahasa, budaya dan sebagainya.
Perbezaan yang banyak ini memerlukan masa untuk saling memahami antara satu sama lain. Maka, muncullah pelbagai istilah seperti kesepaduan sosial, penyatupaduan, integrasi, akamodasi, akulturasi, mamakization dan macam-macam lagi, sehingga membawa kepada penolakan asimilasi secara total. Pendapat sebegini tidak banyak berpijak di bumi nyata. Hakikat sebenarnya tidaklah sangat sebegitu.
Membina negara baharu berbilang bangsa tidak serumit seperti yang digambarkan jika ada penegasan sejak dari awal, dan tidak mustahil menjadi lebih mudah daripada negara sebangsa. Sebab itu kita lihat ada negara sebangsa saling berantakan sesama mereka, meskipun ada banyak persamaan, terutama dari segi agama, bahasa dan budaya. Ini mungkin disebabkan mereka sudah menjadi kebal berada dalam zon selesa.
Sebab itu, dalam membina negara berbilang bangsa, soal penegasan sangat penting dalam melaksanakan agenda hidup bernegara, adalah sangat penting. Pembinaan negara melibatkan perkara dasar, seperti kedudukan bahasa negara (bahasa Melayu), mesti dilaksanakan, tanpa kompromi. Mereka yang berhijrah mesti disedardirikan bahawa mereka wajib mengasimilasikan semua dasar itu.
Kata dua hendaklah diberikan, sama ada mahu menerima atau tidak. Jika tidak mahu, tindakan tegas mesti dikenakan. Ini berlaku kepada sebahagian besar negara dunia yang mahu mencapai matlamat pembinaan negara. Contoh terdekat, negara jiran, Indonesia dan Thailand. Jika tidak menerima asimilasi, sekurang-kurang buka sedikit. Jangan tolak secara total, seperti yang berlaku hari ini.
Disebabkan oleh tiada penegasan ini, sifat sedar diri yang sepatutnya ada, telah bertukar menjadi tidak sedar diri. Tidak sedar diri ini membawa kepada keras kepala. Keras kepala ini membawa kepada sikap kurang ajar dan sukar untuk dibentuk lagi.
Ini ditambahkan pula dengan kesantunan dan kemuliaan orang Melayu yang begitu lunak meraikan tetamu (bangsa lain) bersendikan ajaran agama Islam yang menjadi pegangan, sehingga alpa akan pentingnya soal penegasan hidup bernegara.
Keadaan menjadi semakin kompleks apabila nisbah berbilang bangsa menjadai 60-40, kebergantungan terhadap undi untuk mendapat kuasa, mengakibatkan kita terpaksa menggadaikan agenda negara, memperjudikannya dengan undi. Ini menjadikan ada sebahagian menjadi naik kepala dan seterusnya memijak kepala. Sebab itulah, kita seolah-olah dilihat ‘gagal’ memartabatkan bahasa Melayu dalam pembinaan negara. Adalah sesuatu yang agak janggal untuk memartabatkan di peringkat antarabangsa, jika kejayaan tidak dapat dilihat dalam negara itu sendiri.
PROF DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH