Pernyataan kepada TV Pertiwi oleh Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan

1.Saya merujuk kepada berita dalam akhbar Harian Metro 5 Jun 2024 tentang isu bantahan Lembaga dan PIBG 11 buah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Menengah Persendirian Cina Pulau Pinang kepada ketetapan Kementerian Pendididikan Malaysia agar sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar bagi sains dan matematik. Bantahan itu menggambarkan ketidaksediaan kedua-dua pihak untuk menyokong usaha kerajaan meningkatkan martabat bahasa Melayu dalam bidang pendidikan negara.

2.Ketetapan sekurang-kurangnya satu kelas mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar mata pelajaran sains dan matematik dalam konteks program dua bahasa (DLP) sebenarnya amat minimum dan masih jauh daripada usaha menyerapkan sekolah menengah jenis kebangsaan Cina dan sekolah menengah persendirian Cina dalam konteks sistem.pendidikan kebangsaan yang salah satu ciri utamanya ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama. Syor Penyata Razak 1956 telah 68 tahun usianya tetapi lembaga pengurusan sekolah berkenaan tidak memperlihatkan komitmen untuk memenuhi syor itu bagi tujuan perpaduan dan pemartabatan bahasa negara.

3.Program DLP itu sendiri masih dianggap tidak selaras dengan Dasar Bahasa Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan kerana membentuk jurang atau ksenjangan antara pelajar aliran DLP dan pelajar aliran bukan DLP, sedangkan negara mempunyai agenda pendemokrasian pendidikan yang menutup jurang antara pelajar berlainan aliran.

4.Lembaga Pengurus Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina dan Lembaga Pengurus Srkolah Menengah Persendirian Cina perlu mengubah set minda supaya mendukung usaha kerajaan untuk membentuk masyarakat yang berjati diri dan citra yang mewakili negara, bukan yang mempertahankan cauvinisme.

Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang bin Sariyan
6 Jun 2024