Keahlian PLM ini terbuka kepada semua yang berminat dengan mengisi borang keanggotaan yang disediakan. Terdapat tiga kategori keahlian iaitu:
- Ahli Biasa
- Ahli Sepanjang Hayat
- Ahli Kehormat
Ahli Biasa
- Permohonan untuk Ahli Biasa hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat, dicadang serta disokong oleh ahli Persatuan.
- Yuran untuk Ahli Biasa ialah $30.00 setahun.
- Setiap ahli akan menerima kad keahlian yang akan dihantar setelah yuran diterima.
- Seseorang Ahli Biasa yang gagal membayar yuran untuk dua tahun berturut-turut dianggap sudah mengundurkan keahliannya. Ahli akan diterima kembali ke dalam Persatuan apabila semua yuran yang tertunggak dijelaskan.
- Pengunduran dari menjadi ahli biasa hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat, dan yuran tidak akan dikembalikan.
- Anggota-anggota biasa mempunyai hak mengundi dalam Mesyuarat Agung dan layak bertanding untuk mana-mana jawatan dalam Persatuan.
Ahli Sepanjang Hayat/Seumur Hidup
- Permohonan untuk Ahli Sepanjang Hayat hendaklah disampaikan kepada Setiausaha Kehormat, dicadang dan disokong oleh ahli Persatuan.
- Ahli Sepanjang Hayat akan dianugerahkan kepada pemohon dengan bayaran sejumlah $200.00 sekaligus atau secara ansuran kepada Bendahari Kehormat.
- Setiap ahli akan menerima kad keahlian yang akan dihantar setelah yuran diterima.
- Seseorang Ahli Sepanjang Hayat boleh mengundurkan keanggotaannya, tetapi yuran seumur hidupnya tidak akan dikembalikan kecuali dengan persetujuan Majlis.
- Ahli Sepanjang Hayat mempunyai hak mengundi dalam Mesyuarat Agung dan layak bertanding untuk mana-mana jawatan dalam Persatuan.
Ahli Kehormat
- Ahli Kehormat dianugerahkan oleh Persatuan dengan perakuan Majlis ke atas sesiapa sahaja yang sudah memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada kesarjanaan linguistik.
- Ahli kehormat tidak akan membayar sebarang yuran, tetapi boleh menikmati semua hak ahli biasa kecuali hak mengundi dan kelayakan bertanding untuk jawatan-jawatan Persatuan.
- Senarai Ahli Kehormat Persatuan Linguistik Malaysia (sejak 1977- hingga sekarang, 2021):
- Yang Amat Berbahagia Tun Abdul-Rahman Ya’ kub (Allahyarham)
- Tan Sri Dato’ Ainuddin Abdul Wahid (Allahyarham)
- Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid (Allahyarham)
- Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar (Allahyarham)
- Datuk Dr. Haji Hassan Ahmad (Allahyarham)
- Dato’ Abu Bakar Hamid
- Prof. Emeritus Datuk Dr. Hjh. Nik Safiah Hj. Abdul Karim
- Datuk Baharuddin Zainal
- Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan
- Prof. Dr. Shaharir Mohamad Zain
- Tan Sri Datuk Jins Saminsud (Allahyarham)
Semua ahli diminta mengisi borang biodata ahli bahasa untuk rekod dan rujukan Persatuan.Borang keahlian dan biodata ahli bahasa boleh dimuat turun dalam format pdf