BAHASA MELAYU LINGUA FRANCA ASEAN

Pertubuhan Gerakan QIAM ( QIAM) menyokong penuh langkah YAB Perdana Menteri untuk
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ke dua ASEAN. Ianya merupakan agenda
kebangsaan dalam usaha memartabatkan bahasa ibunda ke peringkat antarabangsa.
Tambahan pula, memartabatkan Bahasa Melayu selari dengan salah satu bidang keutamaan
Kerangka Dasar Luar Malaysia yang dilancarkan oleh kerajaan pada 7 Disember 2021, iaitu
Diplomasi Kebudayaan yang turut merangkumi pengantarabangsaan Bahasa Melayu di
persada dunia.

2. Bahasa Melayu sebenarnya telah digunakan sebagai lingua franca oleh tidak kurang 400
juta warga di rantau ASEAN sejak zaman berzaman. Seperti juga bahasa-bahasa lain
tentunya ada sedikit variasi antara Bahasa Melayu di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura,
Thailand dan sebagainya. Malah di Malaysia sendiri pun ada variasi antara Bahasa Melayu
Kelantan, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak. Namun hakikatnya, ia adalah Bahasa
Melayu. Perkara asas ini harus difahami oleh semua, khususnya pemimpin-pemimpin
ASEAN.

3. Bahasa Melayu sebagai medium komunikasi semasa lawatan rasmi beliau ke Indonesia,
Brunei, Kemboja, Thailand dan terkini semasa lawatan ke Vietnam. QIAM mahukan langkah
ini diteruskan untuk lawatan ke negara ASEAN lain juga. Malah ia hendaklah di amalkan
sama oleh pemimpin negara lain.

4. QIAM memandang serius cadangan a dan usah YAB Perdana Menteri tersebut dan menggesa
semua pemimpin di rantau ASEAN turut sama terlibat dalam menjayakan cadangan yang
mulia ini. QIAM juga mengecam keras setengah pihak yang memandang enteng usaha
memartabatkan Bahasa Melayu di persada antarabangsa. Harus di ingat bahawa usaha ini
tidak bermakna kita mengetepikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa dunia.


5. Bagi merealisasikan usaha murni ini, QIAM menggesa kerajaan memberi kuasa undangundang
dan memperkasakan peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam melaksanakan audit Bahasa Melayu dalam segenap peringkat pentadbiran negara. QIAM juga menggesa Kerajaan agar bersegera melaksanakan sistem pembelajaran satu aliran bagi memantapkan penggunaan Bahasa Melayu untuk perpaduan kaum, semangat patriotik dan jati diri nasional. Masanya sudah tiba untuk Kerajaan menyerap sekolah vernakular ke dalam Sistem Pendidikan Nasional. Pada masa yang sama, usaha memperkasakan Sekolah Kebangsaan Rendah dan Menengah hendaklah diperhebatkan.

6. QIAM juga menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian
Tinggi (KPT) memantapkan sistem pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di semua
sekolah, IPTS dan IPTA. Kita bimbang walaupun selepas lebih 60 tahun negara merdeka,
masih ramai murid dan graduan yang tidak mampu untuk menguasai Bahasa Melayu dengan
betul dan berkesan. Bahkan isu ini turut merentas sempadan sekolah dan institusi pengajian
tinggi awam dan swasta.

7. Di kalangan ahli politik bukan Melayu pun penguasaan Bahasa Melayu sangatlah lemah. Jadi
bagaimanakah mereka ini boleh diharapkan mengangkat dan memperjuangkan masalah
rakyat secara berkesan? Natijahnya mereka sekadar menjadi juara bangsa mereka sendiri
sahaja.

8. Sekali lagi, QIAM menyeru agar semua lapisan masyarakat kembali menghayati Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang secara jelas menggariskan bahawa pendidikan negara
bermatlamatkan ke arah perpaduan nasional. Matlamat ini telah diungkap dan digarap
melalui penggubalan Rukun Negara dan Bahasa Melayu. Marilah kita semua bersatu hati dan
tenaga untuk memperhebatkan agenda memartabatkan Bahasa Melayu sebagai lingua
franca ASEAN.

Sekian terima kasih.

Dato’ Sirajuddin Hj Salleh
Presiden.