KUALA LUMPUR – Laporan Buletin Utama, siaran televisyen milik Media Prima TV3 malam tadi melaporkan ‘Kaligrafi Cina Pupuk Perpaduan’ mengundang kemarahan netizen.
Liputan berita berkenaan adalah berkaitan Bengkel Seni Kaligrafi Tahun Baharu Cina anjuran Majlis Perwakilan Rakyat Zon Lembah Pantai dan Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai yang turut dihadiri Ahli Parlimen kawasan itu dari PKR, Fahmi Fadzil.
Fahmi Fadzil turut memuatnaik video berkenaan di Facebook rasmi beliau dan dihujani dengan pelbagai kecaman netizen yang berang dengan program yang dijalankannya.
Laporan itu turut menyakinkan masyarakat pelbagai kaum bahawa mempelajari kaligrafi Cina dianggap memupuk semangat perpaduan, kontra dengan polemik masa kini terhadap tulisan khat-Jawi yang didakwa oleh setengah setengah pihak mampu memupuk semangat perpecahan.
Netizen turut mengecam Fahmi Fadzil pada ruangan komen pada hantaran Facebooknya dan menyifatkan pemimpin PKR itu tidak adil terhadap orang Melayu dan Islam.
Kita kalau jadi macam YB ni, malu kita pada anak cucu kita. Malu sungguh2. Tulisan jawi dihentam teruk, senyap seribu bahasa. Pengecut penakut. Tang kaligrafi cina, siap jadi perasmi dan berucap bagitau ia memupuk perpaduan kaum. YB, duduk istighfar, bersihkan hati, cuba dalami sungguh2 apa yg YB buat ni. Jangan sampai dipanggil PENGKHIANAT BANGSA!!! – Mior Fakhrullah Abdull Jalil
Bila time jawi bukan main melenting2 nak tolak mentah2 padahan malaysia nie adalah negara islam dan hak kpd org melayu. Tapi bila puak2 nie nak buat adat mengikut agama dia org bukan main sanjung macam dpt anugerah….perkara yg memBodoh semua nie. Tlglah lepas nie kite tukar kerajaan – Nuramanina Halim
Ok. Dh boleh masuk kn nama beliau dlm senarai nama utk ditolak. PRU xlama dh. Masa sekarang bergerak pantas….- Rohani Awang
Fahmi Fadzil sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi kerana menghina rakyat yang berkereta buruk dan uzur di laman Twitter miliknya dan telah pun memohon maaf di atas keterlanjuran beliau terbabit. – Buletin Asia