Asslm.wbkth.
1. Siapa bina Mesjid Kapitan ‘Keling’ di Penang? Bagaimana Kari Ayam Kapitan ‘Keling’ yang sedap itu wujud siapa cipta? Kemudian ada Ubi ‘Keling’ (Chinese Potato) siapa bagi nama? Hebat orang terdahulu mencipta peribahasa, ‘bagai ‘keling’ karam’ itu nak salahkan siapa? Kini wujud pula kumpulan anak-anak muda berbangsa India menyanyikan lagu ‘Keling’ di Youtube, bersalahkah mereka? Lima (5) perkataan keling yang penting tadi tidak boleh menandingi atau tidak lebih penting dari perkataan ‘kelingking’ kerana jika dipisahkan, betapa hebatnya perkataan ‘keling’ dan ‘king’ menjadi kelingking.
2. Wujud pula peribahasa bijaksana, ‘telunjuk lurus kelingking berkait’ itu cuba diteliti, dirinci dan diselami maksudnya tersurat dan tersirat, pasti jawapannya boleh didapat. Terbukti kini, bahasa kebangsaan itu kaya-raya dengan peristilahan yang unik; boleh bercampur pelbagai bahasa dan menjadi bahasa Melayu yang tidak kan layu-layu kerana kekal bermutu – kecuali bagi bangsa yang mahu ambil tahu.
3. Penggunaan perkataan ‘keling’ telah menyeluruh dan menjadi sebahagian dari sejarah setempat dan pelbagai tempat dan juga digunakan pada rumah ibadat, masakan, karya lagu, peribahasa, dll. Justeru, tidak timbul perkataan keling itu menjadi jelek dan pelik atau menimbulkan penghinaan kepada mana-mana pihak sekalipun.
4. Mereka yang tidak membaca malah ‘buta sejarah’ wajar baca dulu dan hadamkan apa itu ‘Kalinga’ yang berasalnya perkataan ‘keling’ yang sejarahnya amat hebat di zaman klasik India. Dikhabarkan berkaitan Empayar Maurya dan wira Ashoka. Tidakkah bangsa India berbangga?
5. DBP tidak wajar terburu-buru mengikut nafsu orang lain. Tidak perlu menjatuhkan maruah kendiri hanya kerana hal yang remeh-temeh begini. DBP punya prinsip dan tanggung jawab besar memelihara dan memulihara bahasa Kebangsaan termasuk istilah yang sudah menjadi sejarah dan diterima umum. Malah mahkamah juga telah memberikan laluan keizinan.
6. DBP ibarat ‘rumah bahasa’ – tidak perlu orang luar tiada ilmu dan pengetahuan dan disiplin bahasa cuba campur tangan – tidak perlu terjebak dalam politik picisan ala ugut-ugutan. Terlalu rendahkah martabat DBP yang mesti diruntun ke bawah dan memohon maaf secara begini? Tiada kesalahan apa-apa, malah DBP boleh menyoal semula pihak ini kerana sembrono menyalahkan DBP atas dasar apa, sandaran apa serta apakah bukti-bukti kukuh? Perkara ini wajar didebatkan atas platform keintelektualan, pensejarahan dan keilmuwan bukan dipolitikkan.
7. DBP mesti berdiri teguh dan rujuklah ke tahap tertinggi, waima menteri atau perdana menteri sekalipun. Semoga bahasa Kebangsaan dan segala istilah bernilai sejarah kekal terpelihara, amiinn ya rabbal alamain!
Ramlee Wahab
Timbalan Pengerusi Tetap PENA