DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah Dan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Sempena Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda pada Isnin, 2 Zulkaedah 1443 H bersamaan 6 Jun 2022 dari kami, Persatuan Linguistik Malaysia (PLM).

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan menganugerahkan kesejahteraan serta memimpin KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk terus memimpin rakyat Malaysia ke arah kesejahteraan dan kejayaan yang hakiki di dunia dan akhirat dengan berpandukan Syariat dan Hidayah dari Allah SWT.