Dong Zong naik tocang kerana salah pemimpin Melayu, dulu dan kini.
Dizaman BN, pemimpin UMNO lah yang beri muka malah pergi menyembah kepada Zong Zong, kononnya atas kepentingan politik. Penyudahnya satu undi pun tak dapat. Padan muka.
Dizaman BN, pemimpin UMNO ibarat lembu dicocok hidung, akur dengan kehendak MCA & PGRM untuk perakui Dong Zong. Kini PGRM dah menceraikan diri dari BN, tinggal MCA. Itu pun dah cukup kuat untuk bersuara bagi pihak cauvinis Cina dan terus dictate UMNO, apa mereka mahu ia buat untuk Dong Zong. Sekalipun UMNO majoriti dan terajui BN, MCA lah yang akan tetap kusai BN.
BN tumbang, PH ambil alih. Zahirnya nampak Melayu di depan, hakikatnya, DAP yang mengemudi PH. Yang pasti, Dong Zong semakin berpengaruh. Diantaranya dengan DAP mereka saling berpautan. PAN dan PKR tidak akan derhaka kepada DAP, maka dalam isu dan pengaruh Dong Zong, wajah PH mirip wajah BN, begitulah juga hati PH, sama macam hati BN.
Jika Melayu nak marah kepada Mujahid kerana kebebalannya beri muka kepada Dong Zong, orang Melayu juga wajar tunding jari kepada kebebalan beberapa pemimpin UMNO dulu yang kini hendaknya insaf akan ‘yang dikendong berciciran, yang dikejar tak dapat’. Pun jika ditakdirkan BN kembali memerintah, firasat kami ialah UMNO masih seperti dahulu, masih seperti ‘lembu dicucuk hidung’ oleh MCA.
Apa pun orang nak kata, jika hari ini orang Melayu mencari-cari jika ada parti politik Melayu yang benar-benar berani mengkritik Dong Zong dan bertindak untuk ianya diharamkan, itu lah PUTRA. Buruk ke baik ke PUTRA kepada masadepan politik Melayu, setidak-tidaknya ia ibaarat ‘tiada rotan akar pun berguna jua’. Benar, saya pernah persoalkan penubuhan PUTRA kerana ia juga penyumbang kepada perpecahan Melayu dalam politik. Tapi dalam keadaan sekarang saya akur bahawa orang Melayu perlukan PUTRA.
Akhir kalam, semakin pemimpin Melayu tegar dengan kebebalannya, selagi itu lah Dong Zong akan terus naik tocang. Terserahlah kepada orang Melayu, samada nak terus menaruh harapan kepada pemimpin Melayu, atau mereka tampil memimpin para pemimpin Melayu demi keperkasaan dan kemakmuran Melayu.
Dato Dr. Hasan Mad
MPM 18 Jan 2020