Gadis dari China fasih bahasa Melayu beri pesan kepada rakyat Malaysia

Gadis Beijing yang dikenali sebagai Husna Liang sekali lagi muncul menemui rakyat Malaysia.

Gadis berasal dari negara China itu sangat fasih bertutur bahasa Melayu.

Ini harus membuka mata dan memalukan sesetengah rakyat di negara ini yang tidak fasih dan tidak faham bahasa Melayu atau mengaku tidak faham bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini.

Bekas pelajar Universiti Malaya ini, ketika ini bekerja di Radio Antarabangsa China.

Nama gadis China yang cantik dan pintar ini Husna Liang.

Beliau sebelum ini berkongsi bagaimana hendak mengharungi Covid-19 jika berada di tempat awam.

Video ini dimuat naik pada 18 Mac lepas, pada saat China masih dibelenggu pandemik itu dan jumlah kes positif Covid-19 semakin meningkat dan merebak di Malaysia.

Husna yang kini berada di Beijing China berkongsi bagaimana masyarakat di sana mengamalkan sikap jika berada di tempat awam untuk rujukan kita.

Ramai yang puji dengan betapa faishnya Husna bertutur Bahasa Melayu, bahkan ada yang sampai terharu mendengarnya.

Malah ramai yang puji dia layak jadi pembaca berita.

Kali ini dia mengongsikan pengalaman di China bagaimana restoran beroperasi.

Jelas beliau, hanya restoran yang memenuhi syarat dibenarkan beroperasi.

Antaranya ialah menjalani pemeriksaan suhu badan, menulis butiran diri seperti nama dan telefon, setiap meja ada kod QR untuk pelanggan memilih makanan dan memesannya bagi mengelakkan kontak.

Kini ada papan plastik bagi asingkan pelanggan dengan pekerja.

“Syarat-syarat ini nampaknya tidak rumit tetapi ini boleh memudahkan langkah-langkah pencegahan dan memberi jaminan kepada pelanggan,” katanya dalam video itu.

Husna berharap rakyat Malaysia bersabar dan berusaha melawan Covid-19.