Gadis Melayu Berbahasa Mandarin, “Terhangguk2 Pak Cik Kat Belakang Tu”

Negara Malaysia yang berbilang kaum cukup meriah kepelbagaian bahasanya. Dari bahasa Melayu, Tamil, Mandarin dan banyak lagi dialek lain-lain. Antara yang ramai gunakan adalah bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

Disebabkan kepelbagaian bangsa ini, tidak mustahil apabila kita dapat melihat orang Melayu bercakap dalam bahasa Mandarin dan begitu juga sebaliknya. Malah baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan seorang gadis Melayu berbahasa Mandarin telah mencuri perhatian ramai.

Dalam perkongsian rakaman itu kelihatan seorang gadis bertudung sedang membeli minuman. Gadis ini berbual dalam bahasa Mandarin dengan lancar sekali. Namun apa yang mencuri perhatian ramai adalah seorang lelaki yang berdiri belakang gadis ini yang nampaknya cukup kagum dengan kebolehan anak muda tersebut.

 

Berikut adalah perkongsian rakaman gadis Melayu berbahasa Mandarin yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun iiamainii ini:

@iiamainii

 

Uncle jangan terkejut tgk saya macam tu 😭🙏 btw rindu nak jalan jonker woi! #throwback #melakajonkerwalk

♬ original sound – Aini – Aini

 

Perkongsian rakaman tersebut telah meraih lebih 825 ribu tontonan dan 77 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Bestnya boleh cakap Mandarin…Senang masuk kerja nanti”

Gadis Melayu Berbahasa Mandarin 4

“Sama macam adik2 saya…Dalam rumah pun diorang berbahasa cina sesama diaorang..Aku kakak yang tak pandai bahasa cina rasa diumpat”

Gadis Melayu Berbahasa Mandarin 3

“Seronok kan boleh cakap mandarin. Saya akan gunakan untuk dapat harga dan layanan best di mall”

Gadis Melayu Berbahasa Mandarin 2

“Orang cina memang terpegun kalau kita cakap mandarin. Macam my mom pun pandai kalau pergi kedai2 cakap mandarin…”

Gadis Melayu Berbahasa Mandarin 1

Gadis Melayu Berbahasa Mandarin, “Terhangguk2 Pak Cik Kat Belakang Tu”