ISLAM DAN BAHASA MELAYU NUSANTARA: CABARAN DAN MASA DEPAN
AHMAD AZAM ABDUL RAHMAN
Presiden Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH) Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia OIC
Muktamar Ilmuan Patani Nusantara 2019 Majlis Agama Islam Wilayah Yala
15 Muharram 1441 Hijrah
15 September 2019
MUQADDIMAH
-
[1] Persoalan utama dalam usaha kita menghuraikan wacana ini ialah bagaimanakah perkaitan antara Bahasa Melayu dan Islam menjadi sedemikian rapat sehinggakan ia membawa kepada proses transformasi pemikiran yang hebat di Alam Melayu ini?1
-
[2] Kita wajar memahami bahawa keterkaitan ini bukannya satu jalinan hubungan yang longgar; sebaliknya ia bersifat simbiotik – saling kukuh mengukuh antara kedua-duanya. Jalinan hubungan ini sebenarnya mendahului (precede) satu lagi proses penting yang kini kita kenali sebagai proses pengislaman atau islamisasi yang telah membawa perubahan total kepada citra budaya di Alam Melayu.
Meskipun proses islamisasi ini mengalami cabaran penjajahan selama 400-500 tahun yang lalu, apa yang lebih penting kini ialah cabaran yang muncul ratusan tahun lalu masih menjelma – malah lebih genting lagi – ketika ini. Kita tidak lagi boleh menyalahkan penjajah atau kuasa luar sekiranya kita gagal menangani kemelut yang akan dikupas selanjutnya ini.
Baca lanjut klik pautan Islam dan Bahasa Melayu Nusantara 2019