Kenyataan Media Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) berkaitan pengakuan pengiktirafan sebahagian Kerajaan Persekutuan terhadap UEC.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
1. PUTRA merujuk kepada kenyataan media YAB Perdana Menteri bertarikh 19 Julai 2020 terutamanya di perenggan kedua kenyataan tersebut yang mengaku Kerajaan Persekutuan telah memberikan pengiktirafan sebahagian (partial recognition) kepada lepasan UEC untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( Bahasa Cina) di IPGM.
2. Kenyataan rasmi YAB Perdana Menteri ini adalah merbahaya dalam konteks ianya adalah bertentangan dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan serta mengancam kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
3. Penggunaan istilah “pengiktirafan sebahagian” itu adalah satu kesilapan besar Pejabat YAB Perdana Menteri dan PUTRA dengan tegas mendesak YAB Perdana Menteri meminda kenyataan media tersebut dan menarikbalik perkataan “pengiktirafan sebahagian” berkenaan.
4. Ini kerana Sistem Pendidikan Kebangsaan, Akta Pendidikan 1996 dan Perlembagaan Persekutuan tidak pernah memberikan sebarang bentuk pengiktirafan terhadap apa-apa sistem peperiksaan asing yang tidak termasuk dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
5. Jadi sekiranya Kerajaan PH terdahulu yang di kuasai oleh DAP telah meluluskan kemasukan graduan UEC ke IPG, ini tidak sama sekali bermaksud Kerajaan Yang Di Pertuan Agung telah memberikan pengiktirafan sebahagian malah istilah yang tepat hanya memberikan “pelepasan bersyarat” tetapi bukannya “pengiktirafan sebahagian”
6. Bagaimana Mungkin wujud keadaan “pengiktirafan sebahagian” berkenaan dalam situasi hanya untuk kuota 20 Tempat setahun di IPG untuk subjek Bahasa Cina di sekolah.
7. Ada Beribu Tempat lagi di IPG untuk puluhan subjek yang lain yang langsung tidak menerima kemasukan luluskan UEC, jadi dari mana Kelayakan utk di katakan polisi itu hanyalah “pengiktirafan sebahagian”?
8. Sebahagian dari apa kalau ianya sekadar 1% dari keseluruhan kemasukan ke IPGM. Kerajaan dulu yang telah tumbang sendiri memang selalu silap kira, silap titik perpuluhan dan 1% pastinya bukan sebahagian.
9. Jika kenyataan media YAB Perdana Menteri ini tidak di perbetulkan, pastinya Dong Zhong bersorak gembira kerana usaha mereka selama ini telah di akui oleh YAB Perdana Menteri mendapat “pengiktirafan sebahagian” oleh Kerajaan.
10. Jika YAB Perdana Menteri tidak memperbetulkan semula kenyataan media ini, PUTRA akan mengambil tindakan lanjut bersama-sama rakyat.
Sekian terima kasih.
PUTRA PERKASA NEGARA
#RasisBerpelembagaan
Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz
Naib Presiden
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)
19 Julai 2020